“Pernah Jatuh Hingga Dituduh Muflis” – Chez Hamdan Kembali Bangkit Dengan Legasi Bisnesnya
Chez Professional kini mempunyai tujuh jenis produk merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut.
Cover image via @chezprofessional (Instagram)Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa sangka di sebalik ujian pandemik Covid-19 mendorong usahawan terkenal Chez Hamdan menutup operasi salun rambutnya sekali gus mencabar diri lebih serius dalam dunia perniagaan
Bermula dengan menjual produk penjagaan rambut jenama orang lain, lelaki berusia 36 tahun itu kini optimis memasarkan jenama sendiri, Chez Professional.
Kini seiring dengan kehadiran tahun 2022, jenama yang mempunyai tujuh jenis produk merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut itu turut diberi 'nafas baru' dengan kualiti tambah baik menerusi Chez Upgraded 22.
Malah serentak turut dilancarkan kempen #duitdijari tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko bagi mereka yang mahu menjana pendapatan sebagai 'dropship' dari rumah atau di mana mana saja. Usaha merekrut ahli agen elit juga berterusan.
"Kalau tak kerana pandemik ini, mungkin saya akan terus berada di zon selesa meneruskan operasi salun rambut. Saya mungkin masih berbelah bahagi biarpun sedar operasi perniagaan itu bagai telur di hujung tanduk.
"Kalau tak kerana pandemik ini juga mungkin saya tak berani mengambil keputusan atau membuat sesuatu yang berisiko. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.
"Saya pernah hampir jatuh tersungkur, dituduh bankrap apabila tutup salun dan bagai hilang punca dua tahun lalu ketika awal pandemik menyerang. Tapi saya bingkas bangun semula. Rupa-rupanya berniaga produk ini lebih buat saya 'happy'. Yang nak tanya dan jadi agen dan 'dropship' boleh tekan https://linktr.ee/chezprofessionalhq," katanya.
Majlis pelancaran Chez Upgraded 22 turut dihadiri Josiah Hogan (kiri) dan Norman Hakim (kanan).
Image via @chezprofessional (Instagram)
Melakukan segala kerja dari mengambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran
Tahun 2020 kata pemilik nama penuh Halimi Hamdan ini umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan.
"Saya mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian. Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri saya yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.
"Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
"Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa," katanya.
Pada awalnya, Chez melakukan segala kerja dari mengambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran.
"Hujung bulan pertama fasa awal pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya. Iya betul, saya mula fokus. Syarikat Chez Professional Sdn Bhd ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.
"Tahun lalu juga kita fokus penyelidikan dan pembangunan produk. Kita nak tambah baik mutu produk lebih premium. Kita mahu cipta fenomena," katanya.
Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' hadir dengan kualiti seperti membuat rawatan di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.
"Setakat ini baru ada sekitar 60 agen. Sekarang nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik jadi agen. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini," katanya yang bersemangat membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam tahun ini.
Majlis penambahbaikan kualiti produk itu diadakan di sebuah premis acara pada 29 Januari lalu. Malah majlis ulang tahun ke-36 tahun Chez yang disambut pada 25 Januari turut diraikan pada acara itu.
Bersama isteri tercinta, Sharifah Haziah Akmar yang turut menjadi orang penting menguatkan jentera perniagaannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Image via @chezprofessional (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


