Pernah Hina Dr Malar Isu Vaksin, Wanita Di Sebalik 'Fake Account' Disahkan Meninggal Dunia

Berita tersebut telah dikongsi sendiri oleh Dr Malar di akaun Facebooknya.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dipercayai antivaksin yang pernah menghina Dr Malar Santhi Santherasegapan di sebalik fake account di Facebook sebelum ini dilaporkan telah meninggal dunia beberapa hari lalu

Menerusi sebuah hantaran seorang pengguna di laman Facebook, difahamkan arwah meninggal disebabkan penyakit darah tinggi. Perkara itu diberitahu oleh anaknya sendiri kepada seorang lagi pengguna Facebook.

"Pemilik akaun seorang antivaksin, bernama 'Celoteh Malar Petaka' baru sahaja meninggal semalam. Akan tetapi, nama akaun ini akan kekal sebagai simbolik penghinaan terhadap seorang Dr perubatan," tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Malar turut terkejut dengan berita tersebut dan mengingatkan orang ramai agar berbuat baik antara satu sama lain

"Saya difahamkan, admin page ini, seorang antivaksin, telah meninggal dunia. Saya tak pasti betul ke tak.

"Sesungguhnya, kita semua akan mati satu hari nanti, tak awal, takkan lewat sesaat pun. Mati itu pasti. Mari lah sama sama kita beringat dan berbuat baik antara satu sama lain, selagi nyawa dikandung badan," katanya.

Terdahulu, Dr Malar meluahkan rasa kesal dan sedih apabila mukanya menjadi bahan kutukan oleh segelintir admin fake page khususnya antivaksin.

Beliau juga mengakui pernah ingin bersara dari dunia media sosial. Namun, beliau kembali aktif menyebarkan pendidikan dan kesedaran selepas followersnya tetap mencari dan bertanya pelbagai soalan tentang perubatan.

"Nasib baik Tuhan selamatkan saya dengan tak gerakkan hati saya untuk saman. Kalau saya dah start saman pun, kes akan dibatalkan sebab dia dah meninggal dah pun. Lagi lah rugi usaha saya, masa, wang, tenaga fizikal dan tenaga emosi.

"So sekarang saya tak rugi apa apa pun. Tapi dia, dah buang masa edit gambar, buat page, maintain page tu.. dan lagi sedih, aibnya terbuka lepas dia pergi. Siapa yang rugi sekarang?" katanya lagi. 

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: