"Pernah Dapat 2A SPM" – Lelaki Ini Buktikan Mampu Jadi Pelajar Terbaik Di Indiana, AS
Tahniah diucapkan!
Cover image via MARA USA (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tak dinafikan, bila keputusan peperiksaan tak seberapa, ramai antara kita rasa kecewa, seolah-olah masa depan dah tertutup
Oleh itu, mula lah timbul perasaan bandingkan diri dengan orang lain, rasa rendah diri, dan fikir peluang dah habis setakat itu saja.
Tapi realitinya, markah rendah bukan penamat. Ramai yang buktikan kegagalan awal tak semestinya tentukan siapa kita di masa depan.
Seperti yang berjaya di buktikan oleh seorang anak Malaysia yang kisahnya kini tular kerana berjaya mencipta kejayaan luar biasa di bumi Amerika Syarikat.
Image via MARA USA (Facebook)
Hanya dapat 2A masa SPM, tapi berjaya buktikan kemampuan diri
Menerusi hantaran di Facebook MARA USA, kelihatan mereka mengucapkan tahniah kepada Zul Hakim Zulhaimi, seorang anak muda dari Malaysia yang berjaya menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat.
Walaupun hanya memperoleh 2A dalam SPM, Zul Hakim tidak jadikan keputusan itu sebagai alasan untuk berhenti mencuba. Sebaliknya, beliau terus berusaha, memperbaiki diri, dan akhirnya membuktikan bahawa kegigihan dan semangat pantang menyerah mampu mengatasi segala kelemahan lalu.
Baru-baru ini, Zul Hakim berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi dari Purdue University, West Lafayette, di negeri Indiana iaitu salah satu universiti paling berprestij di dunia, khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Kejayaannya menjadi lebih manis apabila beliau turut menerima anugerah tertinggi universiti, sekali gus menjadi simbol harapan dan inspirasi buat pelajar-pelajar lain di Malaysia yang mungkin pernah rasa gagal atau ketinggalan.
Image via MARA USA (Facebook)
Image via MARA USA (Facebook)
Lebih membanggakan, Zul Hakim bukan sahaja bergraduasi dengan cemerlang, malah beliau berjaya menggenggam dua ijazah sekaligus dalam tempoh pengajian yang sangat mencabar.
Dua jurusan yang diambilnya adalah dalam bidang Mechatronics Engineering Technology serta Automation & Systems Integration Engineering Technology, dua cabang kejuruteraan moden yang sangat teknikal dan berfokus tinggi.
Zul Hakim turut berjaya menamatkan pengajian lebih awal daripada jangkaan asal. Berdasarkan tawaran biasiswa oleh MARA, tempoh pengajiannya dijadualkan tamat pada semester Fall 2025.
Namun, dengan usaha gigih dan pengurusan masa yang cemerlang, beliau menamatkan pengajiannya seawal Spring 2025, sekaligus menjadikan pencapaiannya lebih luar biasa.
"Walaupun datang dari latar belakang bukan aliran sains, beliau nekad mencabar diri dalam Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik, iaitu bidang yang penuh berliku dan mencabar. Usaha gigih itu membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 2021.
"Dengan penuh dedikasi, beliau menamatkan pengajian lebih awal pada semester Spring 2025 dan dianugerahkan Golden Honor Cord, lambang kecemerlangan akademik tertinggi. Semoga perkongsian kejayaan beliau membuktikan bahawa permulaan yang sederhana bukan penghalang untuk mencapai kejayaan luar biasa. Dengan semangat, kesungguhan, dan keyakinan diri, tidak mustahil masa depan boleh diubah. Tahniah diucapkan!," tulis MARA USA dalam hantarannya.
Lihat hantaran di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

