Permohonan Program Khas JPA-MARA Tahun 2025 Kini Dibuka Hingga 11 Mei Ini

Selamat maju jaya buat semua pemohon!

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permohonan dalam talian bagi Program Khas JPA-MARA Tahun 2025 dibuka mulai hari ini, 28 April 2025 jam 2.00 petang hingga Ahad, 11 Mei 2025 (Ahad) jam 5.00 petang

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook MAJLIS AMANAH RAKYAT, bantuan ini adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Bumiputera cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara.

Pelajar akan mengikuti pengajian di Jepun, United Kingdom, New Zealand dan Malaysia dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), Perakaunan, Ekonomi, Kewangan dan Sains Sosial.

Berikut adalah syarat umum untuk memohon program khas ini:

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini atau boleh hubungi 03-88853297 atau e-mel lepasanspm2025@jpa.gov.my.

Selamat maju jaya buat semua pemohon!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS