“Permohonan Cerai Bukan Kali Pertama” – Isteri Dakwa Edika Yusof Banyak Kali Lafaz Talak
Hidayah berkata, dia sudah beberapa kali mengajak Edika menyelesaikan masalah rumah tangga.
Cover image via NSTP/Hazreen MohamedFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya sudah banyak kali melafazkan talak padanya
Bagaimanapun, Edika telah menafikan perkara tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, Hidayah memberitahu dia mengambil keputusan untuk meneruskan dengan permohonan cerai berikutan tindakan Edika itu.
"Memang saya buat permohonan cerai, tapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini, saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang dilafazkan banyak kali.
"Tapi, Edika menafikan semuanya dan mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu, jadi saya teruskan dengan permohonan cerai.
"Disember tahun lalu saya buat pengesahan lafaz cerai, namun Edika tak mengaku," dakwanya.
Malah, dia tiada masalah berdamai sebab saya sudah mohon dan ajak Edika selesaikan cara baik supaya orang tidak tahu. Tambah Nor Hidayah, apa yang berlaku turut diketahui oleh anak-anaknya.
Image via NSTP/Hazreen Mohamed
Lafaz cerai Edika terhadap isteri ditangguh 5 Mei depan
Dalam pada itu, Berita Harian juga melaporkan prosiding lafaz cerai pelakon itu terhadap isteri, ditangguhkan kepada 5 Mei depan berikutan wanita itu dalam keadaan tidak suci.
Edika memberitahu dia perlu hadir semula ke mahkamah bagi melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah.
"Saya sudah sampai ke tahap reda. Hari ini, saya sedia lafazkan talak tetapi isteri tidak suci. Saya sebenarnya mahu kami ikuti sesi kaunseling, namun, isteri tetap dengan keputusan bercerai.
"Dia tidak mahu pergi kauseling. Saya tidak boleh buat apa-apa lagi. Bukan tak pujuk, kiriman WhatsApp dan panggilan tidak dibalas. Sebenarnya, kami belum pernah pergi kauseling. Jadi, kita tunggu sahaja 5 Mei kalau itu (cerai) yang dia minta," katanya
Ditanya mengenai punca Nor Hidayah memohon cerai atas dakwaan mengasari wanita itu, Edika berkata, apa yang didakwa isteri agak keterlaluan.
"Maksudnya, saya cakap lain, tetapi dia anggap lain. Mungkin saya ada kesilapan sampai dia bersangka buruk. Sebagai suami dan ketua keluarga, saya kena bertegas dalam sesuatu perkara.
"Tetapi kalau ada kesilapan, saya mohon maaf. Saya hendak buat macam mana, saya manusia biasa. Ini pun kali pertama saya ke mahkamah. Jadi, saya tidak biasa. Ini adalah perkahwinan kedua isteri manakala saya pula pertama.
"Dia mungkin sudah berpengalaman mengenai urusan cerai ini. Tetapi saya tidak menggalakkan pun. Tapi, kalau sudah tak boleh, tidak apalah," katanya.
Image via NSTP/Hazreen Mohamed
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


