16 Tips Penting Sebelum, Semasa, Dan Selepas Terkena Gas Pemedih Mata
Apa anda perlu lakukan sekiranya berhadapan dengan gas pemedih mata?
Cover image via astroawani.comBersih 4 semakin hampir! Dalam apa jua perkara yang kita mahu lakukan sekalipun, keselamatan adalah perkara paling utama yang perlu kita tekankan, termasuklah ketika berhimpun secara aman.
Maklumlah, dalam mana-mana perhimpunan aman sekalipun, perkara buruk yang tak diduga mungkin boleh berlaku. Bak kata pepatah **'Malang tak berbau'**. Contohnya seperti pergolakan diantara peserta dan pergaduhan bersama pihak berkuasa.
Situasi-situasi di atas ini boleh menyebabkan pihak berkuasa bertindak untuk melepaskan gas pemedih mata bagi meredakan keadaan. Dan jika perkara itu berlaku, maka buruk padahnya. Ia bukanlah sesuatu yang kita ingin lihat dalam mana-mana acara sekalipun.
Image via mocsarawak.wordpress.com
Jadi, sebelum terjadi sebarang perkara buruk melibatkan tear gas dari pihak berkuasa, apa kata kita persiapkan diri dengan knowledge tentang bagaimana untuk berhadapan dengan gas ini. Baca di bawah:
Apa isi kandungan dan jenis gas pemedih mata yang selalu digunakan?
Mereka yang berada di kawasan yang terdedah pada ejen lakrimator akan merasai pedih pada kulitnya, sakit tekak, cenderung untuk batuk, dan menghadapi kesukaran dalam bernafas.
Kesimpulannya, suasana berada di dalam kawasan yang telah "diserang" oleh gas pemedih mata sangatlah menyeksakan dan sangat pedih.
Image via www.thenation.com
Antara jenis [gas pemedih mata](http://tok-ilman.blogspot.com/2013/12/gas-pemedih-mata-panduan-keselamatan.html) yang biasa digunakan untuk menyuraikan perhimpunan mahupun demonstasi jalanan adalah **o-chlorobenzylidenemalononitrile (CS) dan chloroacetophenone (CN)**.
**CS dan CN adalah ejen lakrimator yang memberikan kesan kepada mata, kulit dan sebarang permukaan mukus terutamanya daripada saluran pernafasan dan permakanan**. Mata yang terdedah dengan CS akan merasai kepedihan dan seakan terbakar. Kebiasaannya air mata akan terhasil sebagai reaksi tindak balas.
Adakah gas pemedih ini merbahaya dan boleh memberi kesan mudarat ke atas tubuh badan?
Kebiasaannya tidak membawa sebarang mudarat yang berpanjangan kerana kesan sampingan yang disebabkan oleh CS hanya bersifat sementara dan akan beransur-ansur hilang setelah bebas daripada pendedahan kepada CS.
Akan tetapi bagi mereka yang sudah sedia ada mempunyai penyakit berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma berkemungkinan akan berhadapan dengan situasi yang sukar apabila terdedah dengan gas pemedih mata.
Image via www.aljazeera.com
Image via www.slate.com
Di bawah ini pula 16 tips yang sangat penting untuk kita tahu sekiranya berdepan dengan tear gas:
1. Sebelum gas pemedih mata dilepaskan
Image via mytwogirls.net
2. Ketika gas pemedih mata dilepaskan
Image via syntheticzero.net
3. Selepas berada di kawasan yang terdedah kepada gas pemedih mata
**11.** [Basuh](http://tok-ilman.blogspot.com/2013/12/gas-pemedih-mata-panduan-keselamatan.html) pakaian yang dipakai secara berasingan daripada pakaian harian yang lain. (gunakan air sejuk)
**12.** Mandi dengan air sejuk/bersuhu sederhana. Jangan gunakan sabun dan elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menyebabkan pembukaan liang roma dan membolehkan ejen lakrimator yang terdapat pada tubuh masuk ke dalam badan.
**13.** Jangan meletakkan sebarang losyen atau krim pada kulit yang terjejas kecuali setelah mendapat nasihat pakar atau setelah tubuh badan dibersihkan atau selepas 6 jam. (CS larut di dalam lemak, maka penggunaan krim mahupun losyen hanya akan memburukkan keadaan)
**14.** Boleh gunakan ais yang dibalut dengan kain bagi mengurangkan rasa pedih pada kulit.
**15.** Kelewatan di dalam membersihkan diri mahupun berterusan membiarkan diri terdedah dengan gas pemedih mata juga akan memberikan kesan yang buruk seperti radang kulit.**16.** Jika menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk seperti *blister*, penyakit berkaitan sistem pernafasan, dan serbuk CS mengenai mata pada kuantiti yang banyak, maka dinasihatkan agar segera berjumpa doktor di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan.
Image via www.jansochor.com
Begitulah sedikit sebanyak info yang kita perlu tahu mengenai perlindungan terhadap gas pemedih mata. Harap tips-tips di atas dapat membantu.
Seorang wanita menggigit buah lemon untuk melawan kesan gas pemedih mata.
Image via vagabondmagazine.org
Seperti yang pernah kami maklumkan sebelum ini, semuanya terpulang ke atas diri anda sama ada ingin menyertai perhimpunan Bersih 4 atau tidak. Kami cuma mengharapkan agar tiada sebarang keganasan berlaku sepanjang perhimpunan.
Diharap perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Image via www.themalaysianinsider.com

