Perkhidmatan Tren Penumpang Laluan Pasir Gudang-Kempas Baru Akan Diperkenal Tak Lama Lagi

Pelaksanaan itu dianggar mengambil masa antara enam hingga 13 bulan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Astro Awani
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Laluan kereta api kargo dari Kempas Baru ke Pasir Gudang kini dibuka semula dengan perancangan baharu iaitu bagi membawa penumpang

Menurut laporan Sinar Harian, laluan kereta api kargo dari Kempas Baru ke Pasir Gudang itu sebelum ini digunakan khusus untuk perkhidmatan barang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah strategik itu merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di selatan tanah air, khususnya di kawasan yang pesat membangun seperti Pasir Gudang.

Image via Sinar Harian

"Perbincangan bersama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah dilakukan bagi meluaskan fungsi landasan sedia ada yang selama ini hanya digunakan bagi pengangkutan kargo.

"Kita nak tambah perkhidmatan penumpang memandangkan terdapat ramai penduduk yang boleh memanfaatkan laluan ini namun, cabaran utama adalah ketiadaan stesen penumpang sepanjang laluan hampir 40 kilometer ini," katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan itu dianggar mengambil masa antara enam hingga 13 bulan

Difahamkan, pihak berwajib kini dalam proses mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga lokasi yang sesuai untuk dibangunkan sebagai stesen penumpang.

"Stesen itu tak perlu terlalu fancy, cukup dengan platform yang sesuai, tempat menunggu dan sistem yang selamat.

"Yang penting, kereta api boleh berhenti ambil dan turunkan penumpang dengan selesa. Kalau ikut jangkaan, kita mahu pelaksanaan ini dibuat dalam tempoh enam hingga 13 bulan. Tiada kajian tambahan diperlukan, semuanya sudah ada.

"Cuma kita sedang teliti lokasi terbaik untuk stesen dan dapatkan kelulusan pembiayaan daripada Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Image via Astro Awani

Laluan tersebut dijangka menghubungkan penumpang terus ke Stesen Kempas Baru, yang kini dirancang sebagai stesen utama transit ke Johor Bahru serta laluan lain termasuk Shuttle Tebrau dan perkhidmatan antara Gemas ke selatan.

Dalam pada itu, pembinaan stesen berkenaan turut mengambil kira faktor keselamatan selain dari segi akses masuk dan keluar agar tidak mengganggu lalu lintas sedia ada.

Kerajaan turut menjangkakan pembiayaan projek berkenaan boleh dilaksanakan melalui sumber dalaman Perbadanan Aset Keretapi (RAC), serta kerjasama erat dengan kerajaan negeri Johor.

Majlis Pembukaan Semula Landasan Untuk Operasi Perkhidmatan Kargo Bagi Laluan Kempas Baru-Pasir Gudang itu dilancarkan di Terminal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Pasir Gudang, Johor pada Jumaat lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: