Perkhidmatan Rapid KL Akan Beroperasi 24 Jam Untuk Laluan Terpilih Sempena Hari Kebangsaan 2025
Jom naik pengangkutan awam sambut Hari Kebangsaan!
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan semua laluan rel Rapid KL akan beroperasi 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan
Menerusi laporan Malay Mail, perkhidmatan sepanjang satu hari itu juga akan meliputi laluan Sunway Bus Rapid Transit (BRT), beberapa laluan bas dan zon Rapid On-Demand (ROD) terpilih untuk memudahkan perjalanan orang ramai yang menghadiri acara Merdeka di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya.
"Sebagai organisasi pengangkutan awam terbesar negara, kami berbangga menjadi sebahagian daripada rakyat dalam meningkatkan semangat Bulan Kebangsaan.
"Inisiatif ini bukan semata-mata untuk menyediakan perkhidmatan mobiliti tetapi juga mencerminkan komitmen berterusan Prasarana untuk memperkukuh pengangkutan awam sebagai pemacu perpaduan dan sebagai simbol cinta kepada negara," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan.
Menurut Rapid KL, waktu operasi khas ini meliputi perkhidmatan:
- Perkhidmatan rel: LRT, MRT, Monorel dan BRT Sunway
- Perkhidmatan bas: 86 laluan dengan 235 bas pada malam ambang Hari Kebangsaan dan 100 laluan dengan 308 bas pada Hari Kebangsaan
- Rapid On-Demand (ROD): 20 van merentasi lima zon di Putrajaya dan satu zon di CBD (tempahan RM1 melalui aplikasi MyRapid Pulse)
- Putrajaya shuttles: 96 bas percuma di tiga laluan ke Dataran Putrajaya
Laluan bas terpilih turut akan dilanjutkan sehingga 4 pagi untuk menampung orang ramai lewat malam pada 30 dan 31 Ogos
Lihat senarai penuh laluan bas yang terlibat di bawah:















Lebih daripada 5,000 kakitangan barisan hadapan juga akan terlibat untuk menguruskan orang ramai dan memastikan perjalanan lancar semasa operasi lanjutan.
Inisiatif itu yang merupakan sebahagian daripada program Denyut Nadi Merdeka Rapid KL, diadakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan memudahkan rakyat Malaysia menyertai perayaan dengan selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



