Perkhidmatan KTM Komuter Percuma Dari 31 Januari Hingga 1 Februari Ini

Rancang perjalanan anda!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai di Lembah Klang boleh menikmati perkhidmatan KTM Komuter percuma dari 31 Januari hingga 1 Februari sempena sambutan Thaipusam

Menerusi laporan New Straits Times, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata perjalanan percuma akan bermula pada tengah malam 31 Januari dan berterusan sehingga 11.59 malam 1 Februari.

Beliau berkata inisiatif yang akan menelan belanja hampir RM1 juta itu dijangka memberi manfaat kepada 450,000 pengguna yang bergerak pergi dan pulang dari Batu Caves.

Walaupun perjalanan adalah percuma, penumpang masih dikehendaki menggunakan kad kredit, kad debit atau Touch 'n Go masing-masing.

SAYS.com
Image via Firdaus Latif/Malay Mail

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM sepanjang masa selama empat hari, dari 30 Januari hingga 2 Februari, bagi menampung peningkatan penumpang

Berikut merupakan 28 stesen yang beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tersebut:

– Batu Caves
– Taman Wahyu
– Kampung Batu
– Batu Kentonmen
– Sentul
– Putra
– Bank Negara
– Kuala Lumpur
– KL Sentral
– Bandar Tasik Selatan
– Kajang
– Nilai
– Seremban
– Senawang
– Sungai Gadut
– Rembau
– Tampin/Pulau Sebang
– Petaling
– Kampung Dato Harun
– Seri Setia
– Subang
– Batu Tiga
– Shah Alam
– Padang Jawa
– Bukit Badak
– Klang
– Jalan Kastam
– Pelabuhan Klang

Bagi menyokong ketersambungan waktu puncak, KTMB juga akan menyediakan 30 bas ulang-alik tambahan yang beroperasi 24 jam sehari pada selang masa 10 minit.

Loke berkata perkhidmatan yang dipertingkatkan ke stesen Batu Caves dijangka dapat memenuhi keperluan kira-kira 2.5 juta pengunjung semasa sambutan Thaipusam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: