Perkataan ‘Agak-Agak’, ‘Kaypoh’ & ‘Boleh’ Kini Dimasukkan Dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford

So dah boleh guna perkataan ni kalau nak buat essay?

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkataan 'agak-agak', 'kaypoh' dan 'boleh' merupakan antara perkataan yang kini diiktiraf dan boleh digunakan di peringkat global

Ia disebabkan perkataan-perkataan ini disahkan sudah dimasukkan ke dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED), lapor Free Malaysia Today.

Semalam, 24 Mac, OED mengeluarkan kemas kini terkininya, kali ini mengetengahkan perkataan dan ungkapan yang berakar umbi dari Malaysia dan Singapura.

Istilah-istilah yang telah lama wujud dalam perbualan seharian ini kini diiktiraf secara rasmi dalam salah satu rekod bahasa Inggeris yang disifatkan antara yang berkualiti.

Antara entri yang menonjol ialah 'agak-agak', yang membawa istilah pendekatan masakan tempatan tersendiri dengan hasil yang sempurna. Berbanding dengan ukuran yang terperinci, ia mencerminkan pergantungan pada naluri, pengalaman dan firasat yang baik terhadap rasa.

Dalam pada itu, perkataan hidangan atau juadah tempatan juga ada dimasukkan ke dalam senarai ini iaitu 'assam laksa' dan 'ice kacang'.

SAYS.com

Potongan klip daripada video yang pernah tular suatu ketika dahulu memaparkan personaliti memasak tempatan, Aunty Aini menyuruh Gordon Ramsay 'agak-agak' ketika memasukkan bahan masakan.

Image via Gordon Ramsay (YouTube)

Perkataan 'boleh' tersenarai disebabkan slogan "Malaysia boleh!"

Membawa istilah sesuatu keupayaan, persetujuan atau galakan, perkataan 'boleh' yang dipopularkan oleh slogan "Malaysia boleh!" turut tersenarai.

Perkataan "wayang" turut tidak terlepas untuk disenaraikan. Pada asalnya membawa maksud kepada persembahan teater tradisional, ia telah berkembang membawa maksud seseorang yang bersikap menunjuk, terlalu dramatik atau tidak menunjukkan kejujuran.

Bagi perkataan 'kaypoh' yang popular digunakan oleh rakyat Malaysia tidak kira kaum, ia membawa maksud mereka yang ingin tahu dan tidak dapat menahan diri daripada terlibat dalam urusan orang lain.

Dipinjam daripada bahasa Hokkien, perkataan ini telah menjadi label yang biasa dan sering digunakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura.

SAYS.com
Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik