Laut Biru ‘Turquoise’ Dan 7 Lagi Perkara Yang Saya Suka Tentang Koh Lipe
Nora kasi lima bintang!
Cover image via TSG #KasijadiAnda perasan tak, nama Koh Lipe sekarang tengah mencanak naik di kalangan para bacpackers dari seluruh dunia? Tiba-tiba jadi famous.
Mana taknya, tengok saja gambar-gambar *super stunning* kat bawah ni. Mesti semua orang akan ternganga dan terus rasa macam nak ambil cuti terus dan pergi ke sini. Cantik betul Koh Lipe.
Image via en.wikipedia.org
Image via www.andamanadventures.com
Image via www.bundhayaresort.com
Berbekalkan rasa curious, maka saya pun decide untuk pergi ke Koh Lipe pada tahun baru tempoh hari.
Lepas dah pergi, ini 8 perkara yang saya suka tentang pulau indah Koh Lipe:
1. Pantai pasir putih yang cantik
Terkenal dengan gelaran **'Maldives of Thailand'**, keindahan pantai Koh Lipe memang tidak mengecewakan. Mula-mula sebelum pergi ada rasa *sceptical* bila tengok gambar-gambar di Google dan Instagram. Semuanya cantik-cantik belaka. Rasa macam tak logik. Maklumlah, gambar-gambar di internet ni kebanyakannya *edited* dan tak *original*.
Image via TSG #KasiJadi
Tapi sebaik saja saya tiba di sana, saya terus terpana melihat kecantikan Koh Lipe. **Senang kata, apa yang saya tengok di internet, begitu jugalah rupa sebenarnya. Pulau kecil ini sememangnya bukan 'indah gambar dari rupa'**.
2. Air laut berwarna biru turquoise yang memukau dan jernih sangat sangat
**Pergilah ke ceruk mana pun di sekitar pulau, air laut yang mengelilingi Koh Lipe memang jernih dan biru, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik**. Biar panas asalkan *view* cantik. Langkah kami selalu terganggu dek kerana pemandangan air laut Koh Lipe yang terlalu memukau mata memandang. Baru jalan sikit dah kena berhenti sebab nak ambil gambar.
3. Saiz pulau yang begitu kecil
Saya tak tahu macam mana nak *describe* betapa kecilnya pulau ini. Tapi bila saya tengok peta Koh Lipe dengan Langkawi, **saya rasa Langkawi ni lebih kurang 120 kali ganda lagi besar!** Macam tak percaya kan?
Image via www.kohlipe.net
Itulah hakikatnya. Pulau ini terlalu kecil sehingga anda mampu berjalan kaki saja untuk mengelilingi seluruh bahagian pulau. Dan saya kira, masa yang diambil mungkin dalam sejam atau sejam setengah sahaja.
4. Makanan sedap dan senang cari yang Halal
Makanan Halal memang banyak. **Ada beberapa restoran Halal di sana yang menghidangkan makanan autentik Thailand yang boleh saya label sebagai 'sedap gila'!** Makanan di sana memang *heaven*. Cuma harganya agak mahal sedikit. Contohnya, sepinggan Nasi Goreng Nenas berharga RM10 tak termasuk minuman.
Di Walking Street, ada pelbagai juadah menarik yang anda boleh nikmati sepanjang jalan. **Tapi yang paling menarik minat saya adalah kopi, penkek, dan ais krim tempurung kelapa**. Tak perlu cerita panjang lebar, ketiga-tiga juadah ini memang tak puas kalau makan/minum sekali. Sekali dah beli, mesti nak kena beli lagi *next time*.
5. Tak ramai orang Malaysia
Pulau ni nampaknya tidak menjadi pilihan orang Malaysia untuk pergi bercuti. Orang kita lebih suka pergi Phuket, Lombok, Bali, Ho Chi Minh, atau Seoul. Kalau anda pergi ke 5 lokasi yang saya sebut ni, pastinya mudah untuk bertemu dengan orang tempatan kita.
Berbeza dengan Koh Lipe, masa saya pergi tempoh hari, saya tak jumpa seorang pun orang Malaysia. Pulau ini hanya dipenuhi dengan 'Mat Salleh' yang entah datang dari mana. Pada saya, tempat-tempat yang tak popular sebegini lebih seronok untuk kita *explore*.
6. Penduduk sana fasih cakap Bahasa Melayu slang 'utagha'
Mula-mula sampai, punyalah saya beriya-iya cakap *English* dengan penduduk di sana. Perbualan agak terbatas sebab mereka tidak begitu fasih berbahasa Inggeris. Dah macam ayam cakap dengan itik pun ada juga.
Image via TSG #KasiJadi
Tapi bila mereka dah tak tahu apa nak *reply*, mereka akan terus cakap Bahasa Melayu. Saya terkejut dan tak sangka mereka lebih bagus berbahasa Melayu rupanya. Bila dah tahu, terus saya tak cakap *English* dah. Lokasi Koh Lipe yang begitu dekat dengan Langkawi mungkin salah satu sebab kenapa penduduknya fasih cakap 'utagha'.
7. Langsung tak ada kereta
Pengangkutan utama di Koh Lipe merupakan motosikal. Teksi di sana pun berkonsepkan motosikal dan bukan kereta. Demi menjaga kelestarian alam semula jadi di situ, kerajaan Thailand tidak membenarkan sebarang kenderaan selain motosikal untuk berada di pulau tersebut. Lagipun, saiz pulau yang kecil memang tak sesuai untuk membawa kereta.
8. Banyak corals dan hidupan laut yang sungguh indah
Dalam banyak-banyak tempat saya pergi *snorkeling*, saya rasa Koh Lipe ni lah yang paling *best* sekali. *Corals* semua hidup, warna-warni, lawa-lawa, ikan-ikan berenang keriangan pun banyak. Saya dibawa ke 5 lokasi *snorkeling* berbeza dan semuanya menakjubkan.
Tapi yang paling menarik adalah Koh Hin Ngam, sebuah gugusan pulau kecil di mana pantainya hanya dipenuhi dengan jutaan batu lava berwarna hitam berkilat dan langsung tidak berpasir. Memang ajaib!
Image via TSG #KasiJadi
Lagenda mengatakan setiap batu di sini telah disumpah oleh Tuhan Tarutao. Dan sesiapa yang mengambilnya bakal berhadapan dengan nasib malang dalam hidupnya.
So, enjoy the video!
Info perjalanan kami ke Koh Lipe:
**Durasi**: 4 hari 3 malam
**Bajet**: RM750 seorang
**Hari pertama**
*Drive* ke Perlis dari KL = 8 jam
Sewa van dari Perlis ke Jeti Pakbara di Satun, Thailand = 1 jam setengah
Naik bot dari jeti ke Koh Lipe = 2 jam
*Check-in* di Blue Tribe Resort = RM50 satu malam/seorang
**Hari kedua**
*Check-in* di Brother Resort = RM160 dua malam/seorang
Bersiar-siar di Walking Street untuk cari restoran Halal dan cari pakej *snorkeling*
Sewa kayak untuk ke pulau kecil Koh Kra = RM15-RM20 seorang
**Hari ketiga**
Aktiviti snorkeling ke 5 lokasi menakjubkan = RM45-RM50 seorang
Makan-makan, *massage*, sesi menghabiskan duit baki
**Hari keempat**
*Check-out* dan pulang dengan hati gembira

