11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai ‘Handle’ Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu
Tanpa kita sedar, sebenarnya ayah kita lebih handal dalam beberapa perkara.
Cover image via orderhappiness.com1. Main atau gurau kasar
Gusti, lawan-lawan, dan lain-lain. Kanak-kanak memang suka main kasar, tapi kebanyakan ibu tak sanggup nak melayan karenah anak nak bergusti. Maka si ayah lah yang dijadikan sasaran.
2. Jatuh, luka, lebam, dan calar
Ibu selalunya akan lebih kelam kabut bila anak-anak ada luka atau calar di badan, tapi ayah lebih relaks. Luka itulah yang mengajar si anak untuk jadi lebih kuat.
3. Main sembunyi-sembunyi (hide and seek)
Siapa lagi yang lebih hebat cari tempat sembunyi kalau bukan ayah? Serius. Ayah akan sembunyi di tempat-tempat yang paling *unexpected*. Jenuh si anak nak mencari.
Image via www.popsugar.com
4. Tunggang bahu
Jarang kita lihat si anak tunggang bahu si ibu. Bahu si ayah lebih selesa mungkin. Ayah juga lebih kuat dan gagah jadi tiada masalah untuk *carry* anak di bahu.
5. Buat istana pasir tepi pantai
Istana yang ayah buat mesti lagi cantik daripada yang kita buat. Padahal ayah buat pakai tangan, kita buat siap pakai penyodok pasir, bekas kecil, dan macam-macam lagi peralatan. Hebat betul ayah.
Image via ainkamal.blogspot.com
6. Mengembara
Si ayah memang cukup cekap dalam hal ini. Bagi kanak-kanak, naik basikal pusing taman pun dah dianggap seperti satu pengembaraan. Jadi, dengan siapa lagi mereka mahu jadikan pengembaraan mereka lebih bermakna kalau bukan dengan si ayah?
Image via Facebook Izzah Zaid
7. Bersukan dan bersenam
Seiring dengan mengembara, si ayah juga lebih pandai *handle* si anak dalam bersukan. Ayah akan belikan kasut baru, jersi, dan bawa si anak ke padang, semata-mata untuk galakkan mereka melakukan aktiviti sihat.
8. Berenang dan bermain dalam kolam
Tunjuk saja kolam, laut, sungai atau taman tema air, jarang sekali kita lihat si ibu yang melayan karenah anak-anak dalam air. Selalunya si ayah adalah perenang yang lebih hebat. Mereka juga tidak akan putus asa mengajar anak terapung sampai berjaya.
Image via Instagram @laraalana
9. Camping
Senang cakap, apa-apa tentang *camping* memang kena bagi pada ayah. Lebih hebat kalau si ayah bawa anak-anak pergi berkhemah sendiri tanpa ibu. Percayalah, si ayah memang mampu.
Image via debinandasha.blogspot.com
10. Serangga, binatang terbang, dan segala haiwan kecil yang menakutkan
Kalau anak-anak takut atau geli pada lipas, pergi saja pada ayah. Si ayah kadang-kadang akan ambil lipas itu dengan tangannya sendiri tanpa rasa gentar. Kalau si ibu mungkin akan menjerit sama-sama dengan si anak.
Image via www.nipponnews.net
11. Memasak
Urusan dapur dan memasak tak semestinya si ibu sahaja yang pandai. Kebanyakan ayah di luar sana sebenarnya lebih pakar dalam bidang masak-memasak berbanding si ibu. Betul tak?
Ayah sememangnya layak digelar sebagai adiwira atau hero kepada setiap anak. Saksikan lagi kandungan video menarik untuk kita lebih menghargai pengorbanan bapa.
Image via youtube.com
