9 Fakta Menarik Kumpulan Yang Memukul Sesama Sendiri Dan “Naik Hantu” Di Depan Sogo

Bukan sahaja pihak berkuasa, malah perhimpunan Bersih 4.0 bakal berdepan Kumpulan Anti Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.thesundaily.com
Logo

Sebuah video aksi 'ganas' yang dilakukan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Anti Bersih 4.0 di hadapan Sogo, Kuala Lumpur semalam menjadi viral di media sosial

Video itu menunjukkan mereka melakukan 'gimik' ganas sebagai tanda sudah bersedia berdepan dengan peserta Bersih 4.0 jika mereka masih mahu meneruskan perhimpunan yang dirancang pada hujung minggu ini

Image via www.youtube.com

Bukan sahaja melakukan aksi 'ganas', mereka juga seolah-olah seperti "naik hantu" atau macam kena rasuk sewaktu menunjukkan demonstrasi semalam

Image via www.youtube.com

Kewujudan kumpulan ini menjadi tanda tanya banyak pihak. Ramai yang tidak tahu tentang wujudnya kumpulan Anti Bersih 4.0 ini

Image via giphy.com

Oleh itu, buat yang tidak tahu kami senaraikan 9 perkara menarik yang ada kena tahu tentang Kumpulan Anti Bersih 4.0 ini:

1. Bertindak untuk menghalang perhimpunan Bersih 4.0

Image via lifeteen.com

2. 'Ganas'

Daripada demonstrasi yang dilakukan, kumpulan ini nampaknya agak 'ganas' dan mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Jika dilihat pada aksi yang dilakukan mereka di hadapan Sogo, mereka mampu menghentak batu menggunakan kepala, badan dipukul dengan kayu dan memecahkan batu kapur dengan menggunakan tangan.

3. Ada insurans buat penyokong

4. Kira-kira 30,000 orang menyokong mereka

5. Pakai baju 'Keamanan'

Dilaporkan kumpulan ini bakal memakai baju yang tertulis 'Keamanan' pada baju tersebut. Ini simbolik dengan tujuan mereka bertegas menolak penganjuran Bersih 4.0 yang dilihat mampu mewujudkan kekacauan serta menggugat ketenteraman awam.

6. Merah vs Kuning

Pertembungan hujung minggu ini bakal memperlihatkan Bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri warna merah kuning. Kumpulan Anti Bersih 4.0 dilaporkan bakal mengenakan warna merah dan peserta Bersih 4.0 bakal memakai warna simbolik mereka iaitu kuning.

Kumpulan Anti Bersih 4.0 dilaporkan akan memakai pakai bewarna merah hujung minggu ini.

Image via www.roketkini.com

Manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai warna simbolik mereka iaitu kuning.

Image via www.thenutgraph.com

7. Mereka mampu bertahan jika dikacau

8. Hanya berundur jika Bersih 4.0 dibatalkan

9. Sama saja dengan Bersih 4.0, dua-dua tak dapat kebenaran daripada polis

Jadi, siapa yang berani kacau, ini makan dia!

Image via www.youtube.com

Anda nak tahu apa yang perlu anda buat kalau nak sertai Bersih 4.0? BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: