Perhimpunan Aman Di Ibu Kota Esok, Ini Senarai 16 Jalan Di Kuala Lumpur Yang Akan Ditutup

Difahamkan, perhimpunan tersebut melibatkan beberapa kawasan utama di sekitar ibu kota.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa jalan utama di ibu kota akan ditutup esok sempena perhimpunan 'Turun Anwar' yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai

Menerusi laporan New Straits Times, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata perhimpunan itu dijadualkan bermula serentak di lima lokasi utama di Kuala Lumpur.

Ia melibatkan Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru, dan Dataran Sogo sebelum peserta berkumpul di Dataran Merdeka.

"Lencongan lalu lintas akan diaktifkan berdasarkan keadaan semasa bagi memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Kami menggesa orang ramai untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam sekiranya boleh bagi mengelak kesesakan di pusat bandar.

"Pemandu kenderaan juga dinasihatkan supaya mematuhi segala arahan daripada anggota polis trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Paul Tan

Berikut adalah 16 jalan yang akan ditutup

1. Jalan Maharajalela / Susur keluar ke Jalan Syed Putra

2. Jalan Kinabalu / Pusingan-U berdekatan Public Bank

3. Bulatan Sultan Mohamad

4. Jalan Kinabalu / Susur keluar ke Terowong Bukit Aman

5. Jalan Kinabalu / Susur keluar ke Bulatan Dato' Onn

6. Bahagian atas Bulatan Dato' Onn – kedua-dua arah

7. Bulatan Dato' Onn – dari Jalan Parlimen

8. Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato' Onn

9. Jalan Kuching / Susur keluar ke Jalan Sultan Ismail

10. Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato' Onn)

11. Jalan Kinabalu (dari Masjid Negara ke Bulatan Dato' Onn)

12. Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi

13. Jalan Hishamuddin / Jalan Raja

14. Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut

15. Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak

16. Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian hotline polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di 03-2071 9999, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis KL di 03-2026 0267/0269, atau balai polis berhampiran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: