Percubaan Sistem Caj Penggunaan Jalan Raya Ke Genting Highlands Akan Bermula 2 April Ini

Tiada caj yang dikenakan tetapi pengguna tetap perlu sentuh kad pada terminal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @abobeinll (TikTok) & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) memaklumkan percubaan sistem caj penggunaan jalan raya untuk Jalan Genting Highlands akan bermula pada 2 April

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan LCSB pada 23 Mac, percubaan itu akan dijalankan di dua pintu masuk, Genting Sempah dan bulatan Gohtong Jaya, bagi memastikan sistem berfungsi dengan lancar sebelum pelaksanaan penuh.

"Semasa tempoh ujian, tiada bayaran akan dikenakan untuk menggunakan Jalan Genting Highlands.

"Walau bagaimanapun, pengguna jalan raya masih dikehendaki menggunakan kad pembayaran mereka, seperti Touch 'n Go atau kad debit dan kredit, di setiap gantri untuk tujuan ujian semasa melaluinya," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Herman Yip (Facebook)

Tidak dinyatakan berapa lama tempoh percubaan itu akan berlangsung

LCSB berkata pengguna perlu terus mematuhi peraturan dan undang-undang penggunaan jalan raya di Genting Highlands berserta sebarang keperluan tambahan yang akan diperkenalkan.

"Perkara ini untuk memastikan operasi yang lancar dan akses yang selamat untuk semua orang. Percubaan ini bertujuan untuk menguji fungsi dan kelancaran operasi sistem caj jalan raya sebelum pelaksanaannya sepenuhnya.

"Ia menyokong komitmen LCSB untuk mengekalkan laluan yang selamat, boleh dipercayai dan tanpa gangguan bagi pengguna untuk bergerak ke Resorts World Genting dan tarikan-tarikan lain, serta kawasan Genting Highlands di sekitarnya," katanya.

Pada November tahun lepas, Genting Malaysia telah mengesahkan rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan yang menggunakan jalan persendiriannya ke Genting Highlands.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik