Perbezaan Pandangan & Pendapat Penganalisis Warnai Tawaran Sunway Ke Atas IJM
Strategi 'raih kedua-dua' mula popular dalam isu pengambilalihan Sunway-IJM.
Cover image via Business TodayFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Firma penyelidikan menunjukkan kecenderungan menyokong tawaran pengambilalihan oleh Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd, namun perbezaan penilaian kekal ketara dalam kalangan penganalisis
Hong Leong Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Terima", dengan menyifatkan tawaran itu sebagai peluang keluar pada harga premium dalam persekitaran pasaran yang mencabar. MBSB Research dan TA Securities turut menyifatkan tawaran itu sebagai adil.
Namun begitu, RHB Research mengekalkan saranan "Beli", manakala CIMB Securities pula meletakkan penilaian lebih tinggi pada RM3.50 sesaham.
Perbezaan ini mencerminkan perdebatan lebih luas mengenai penilaian dan masa yang sesuai untuk membuat keputusan pelaburan.
Harga tawaran RM3.15 sesaham mewakili premium yang jelas berbanding harga pasaran semasa yang memberi peluang kepada pelabur untuk merealisasikan keuntungan.
Namun, penilaian bebas menunjukkan nilai intrinsik IJM berpotensi lebih tinggi memangkan ia disokong oleh aset konsesi, simpanan tanah dan nilai kontrak dalam tangan segmen pembinaan.
Situasi ini menimbulkan dilema yang lazim dalam pasaran modal, sama ada menerima keuntungan segera atau mengekalkan pelaburan untuk potensi masa depan.

Gambar sekadar hiasan
Image via The Malaysian ReserveStrategi 'raih kedua-dua' mula popular dalam isu pengambilalihan Sunway-IJM
Dalam konteks ini, pendekatan "raih kedua-dua" mula mendapat perhatian kerana ia membolehkan pelabur mengimbangi antara pulangan segera dan potensi jangka panjang.
Pembabitan Sunway sebagai pemegang saham signifikan juga dilihat berpotensi menjadi pemangkin yang boleh membantu mempercepatkan pelaksanaan projek serta penciptaan nilai.
Pada masa sama, faktor institusi turut memainkan peranan penting. Pemegang saham utama seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan tidak menyokong tawaran itu.
Selain itu, faktor luaran seperti isu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mempengaruhi sentimen.
Akhirnya, keputusan yang dibuat memerlukan pertimbangan menyeluruh kerana ia membabitkan keseimbangan antara nilai semasa dan potensi masa depan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



