Keliru Antara CV & Resume? Ini 6 Point Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum ‘Apply’ Kerja

Semoga bermanfaat!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Sehingga hari ini, boleh dikatakan masih ramai lagi di luar sana yang keliru antara CV (curriculum vitae) dan Resume. Kalau anda nak tahu, kekeliruan ini juga mungkin menjadi punca anda tidak dipilih untuk sebarang panggilan temuduga.

Image via memeshappen.com

Setiap kali ingin memohon pekerjaan, kita diminta untuk menghantar resume ataupun CV. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu apa yang membezakan dua benda ni. Kita pun apa lagi, berhelai-helailah resume dan CV kita hasilkan dengan harapan penemuduga akan *impressed* dengan karangan kita dalam resume tu. Haha jadi apa sebenarnya yang membezakan dua benda ni?

OK, baca sampai habis!

1. Muka surat

Image via SAYS

Pastikan **CV** anda tidak melebihi 3 muka surat. Jika melebih-lebih anda akan kelihatan seperti melobi diri sendiri. Bagaimanapun, pastikan ia dalam keadaan yang kemas dan tersusun.

Nama pun ringkasan, jadi **resume** sepatutnya hanya satu muka surat saja. Resume biasanya lebih *straightforward* berbanding CV.

2. Gambar

Tidak perlu disertakan gambar pada **CV** anda. Namun, tidak salah sekiranya anda mahu meletakkannya di dalam CV anda.

Untuk **resume**, gambar adalah lebih baik disertakan sekali. Sekali lagi, resume adalah ringkasan atau *review* mengenai diri anda. Jadi, pihak majikan juga mahu melihat rupa paras anda yang *handsome* dan cantik tu. Sebaiknya gunakan gambar yang *clear* dan kelihatan profesional. Tiada masalah sekiranya anda tidak mahu meletakkan gambar pasport yang berlatarbelakangkan kain biru tu okay? Tapi janganlah letak gambar *selfie* pulak.

Image via SAYS

3. Format

Image via SAYS

Untuk **CV**, anda perlu mengikut format yang ditetapkan. Pastikan ia teratur dan kemas. Ini akan memudahkan CV anda untuk dibaca. Banyak info yang perlu anda letakkan. Senang kata, semua perkara yang anda telah lalui dalam kehidupan ini anda boleh letakkan di dalam CV. Apa info tersebut? Ok baca *point* seterusnya di bawah.

Bagi **resume** pula tiada format tetap yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai info grafik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.

4. Info wajib

Image via SAYS

Okay, ini adalah info wajib yang perlu anda letakkan di dalam **CV**. Mulakan CV anda dengan *section* latar belakang diri. Kemudian *section* latar belakang pelajaran dan diikuti dengan *section* pengalaman bekerja. Selepas itu, nyatakan sekali pencapaian dan skil yang ada pada anda. Letakkan juga senarai rujukan contohnya bekas majikan dan pensyarah (sekiranya anda memohon untuk menjalani latihan industri).

Untuk **resume** pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan *graphic designer*, nyatakan pencapaian, pengalaman dan skil yang anda ada untuk jawatan tersebut. Senang kata, nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.

5. Objektif

Image via SAYS

Sudah terlalu banyak info yang telah anda nyatakan di dalam **CV**. Jadi, objektif amatlah tidak perlu sama sekali.

Berlainan pula bagi **resume**, objektif adalah wajib dinyatakan. Biasanya ia diletakkan di bahagian awal/atas resume. Seperti yang dimaklumkan tadi, ia lebih *straightforward* berbanding CV.

6. Cover letter

Image via SAYS

Mungkin ramai antara kita yang lupa untuk menyediakan *cover letter.* Kadang-kadang tak tahu pun *cover letter* tu apa. *Cover letter* adalah ringkasan yang menyatakan tujuan **CV** anda dihantar. Ia hanya perlu disertakan bersama CV sahaja kerana **resume** itu sendiri sudah menyatakan objektif ia dihantar.

Bagaimana? Dah dapat bezakan antara CV dan resume? Okay kalau belum jom lihat contoh-contoh di bawah:

1) Resume

Image via mySEMAKAN

Image via SlideShare

Resume info grafik

Image via resumecan.info

2) Curriculum Vitae (CV)

3) Cover letter

Image via SlideShare

Image via www.ndec.us

Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa share dengan kawan-kawan anda yang sedang mencari kerja. Selamat maju jaya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: