Perbadanan Putrajaya Umum Projek Trem Tidak Akan Diteruskan, Kos Terlalu Tinggi Hingga RM211.95 Juta

Perkhidmatan pengangkutan awam ini telah diperkenalkan kepada umum pada Putrajaya Open Day 2024.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan tidak meneruskan cadangan pelaksanaan Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) di Putrajaya

Menerusi laporan Berita Harian, pembatalan projek trem tanpa landasan tersebut adalah disebabkan faktor anggaran kosnya yang terlalu tinggi iaitu kira-kira RM211.95 juta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata kos yang perlu ditanggung itu adalah di luar kemampuan kewangan PPj selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) di Putrajaya.

"Untuk makluman, pelaksanaan projek perintis ART oleh Kementerian Pengangkutan di Putrajaya telah dilaksanakan dari 1 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

"Hasil kajian awal mendapati anggaran kos pelaksanaan ART termasuk kos pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan adalah sangat tinggi iaitu RM211.95 juta untuk tempoh 10 tahun.

"Kos ini adalah di luar kemampuan kewangan PPj sebagai PBT. Atas dasar itu, PPj tidak meneruskan cadangan pelaksanaan ART di Putrajaya serta tiada cadangan untuk peluasan jajaran fasa seterusnya," katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.

Image via Bernama

Projek yang tidak tertakluk kepada sebarang ikatan kontrak

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) yang ingin tahu status terkini ART di Putrajaya memandangkan fasa rintis sudah dijalankan sebelum ini.

Su Fui yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, keputusan itu tidak berbangkit mengambil kira PPj tidak tertakluk kepada sebarang ikatan kontrak dan cadangan itu bersifat kajian pasaran sahaja.

Bagaimanapun, menurutnya, PPj sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan keperluan perancangan pengangkutan awam di Putrajaya pada masa depan.

Namun, ianya tertakluk kepada kemampuan kewangan dan kelulusan peruntukan, khususnya bagi menyokong sasaran perkongsian mod pengangkutan awam 70:30 iaitu 70 peratus pengangkutan awam manakala 30 peratus bagi kenderaan persendirian.

SAYS.com

Projek ART yang hanya tinggal kenangan.

Image via Perbadanan Putrajaya (Facebook)

Putrajaya mempunyai inisiatif lain sedia ada untuk mengurangkan kesesakan trafik

Tambah Su Fui, usaha mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya turut dilakukan PPj dengan adanya beberapa langkah penambahbaikan.

"Pertama, bas Nadiputra menyediakan tujuh laluan yang beroperasi setiap hari menghubungkan kawasan perumahan, sekolah, pusat komersial, Terminal Putrajaya Sentral ke pejabat kerajaan dan sebaliknya.

"Kedua, kekerapan perjalanan pada waktu puncak, pagi dan petang bagi Laluan P101 adalah setiap 10 minit manakala enam laluan lagi setiap 20 minit.

"Selain itu, PPJ melaksanakan pengurusan trafik sedia ada melalui Putrajaya Control Centre (PCC) secara berpusat. Kita juga melaksanakan integrasi pengangkutan awam terkini seperti Demand Responsive Transit (DRT) yang dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik di Putrajaya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: