“Shopping Macam Tak Ada Akal” – Inilah Perangai Buruk Sesetengah Orang Kita Bila Ada Sales
Wahai rakyat Malaysia, bawa bertenanglah semua!
Cover image via SAYS via Farah Amin/FacebookBaru saja masuk minggu kedua bulan Ramadan, orang ramai sudah memulakan misi pencarian baju raya
Seperti biasa, tatkala tiba saja waktu perayaan pastinya akan terdapat begitu banyak *sales* di *gedung-gedung* pakaian berjenama di seluruh negara. Waktu inilah semua orang tak nak lepaskan peluang untuk berbelanja sakan supaya boleh bergaya di hari raya nanti.
Tetapi apa yang mendukacitakan adalah sikap buruk sesetengah rakyat Malaysia apabila adanya sales besar-besaran
Seperti yang dilaporkan [Farah Amin](https://www.facebook.com/farahhartwell/posts/1389837027777316) pada akaun Facebook miliknya semalam, dia sangat terperanjat melihat keadaan butik pakaian berjenama H&M sewaktu dia ingin membeli-belah di sana.
Kejadian seperti ini terjadi disebabkan H&M kini menjalankan jualan murah besar-besaran sempena Aidilfitri nanti. Baca luahan Farah di bawah:
Image via Farah Amin/Facebook
Image via Farah Amin/Facebook
Orang ramai yang melihat post tersebut turut terkesan dan berasa geram. Mana tidaknya, baju kasut dan sebagainya semua dalam keadaan bersepah.
Image via Farah Amin/Facebook
"Aku tengok macam nak sepak je!"
Image via Farah Amin/Facebook
"Lain kali H&M bentang je canvas. Tabur je baju tu"
Image via Farah Amin/Facebook
"Inilah namanya beruk masuk bandar!"
Image via Farah Amin/Facebook
Kami harap semoga teguran dan luahan Farah ini membuka mata orang ramai di luar sana. Ingat ya, bukan anda seorang saja yang ingin beraya. 🙂
Image via Farah Amin/Facebook


