Perang Poster ‘Membahan’ Antara Jenama Motosikal Cuit Hati Rakyat Malaysia

Majulah scene motosikal untuk negara!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Modenas & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda seorang penunggang motosikal dan peminat scene motosikal dalam negara, anda pasti dapat lihat deretan sindiran antara syarikat jenama motosikal di media sosial yang semakin berpanjangan

Difahamkan, 'perang' poster itu bermula apabila jenama Yamaha membuat sebuah hantaran di laman sosial mereka disifatkan memerli sebuah jenama motosikal yang baru sahaja melancarkan sebuah model baharu dilihat hampir serupa dengan model Xmax Yamaha.

Menerusi sebuah hantaran pengguna Threads, Ahmad Adam telah mengumpulkan antara poster yang ditemuinya selepas yamaha memulakan perang sindiran tersebut.

SAYS.com
Image via Threads

Sebuah jenama motosikal terkenal hadir membalas poster

Bermula daripada poster daripada Yamaha itu, datang pula sebuah poster daripada jenama Ducati yang dilihat secara halus seperti menyerang Yamaha.

"Maaf, ini barulah inovasi. Kami bukan sekadar tukar coverset je. Kami lakukan lebih daripada itu," tulis poster itu.

SAYS.com
Image via Threads

Tidak terhenti di situ, datang lagi sebuah jenama join perang poster berkenaan

Melihat sindiran antara dua jenama besar motosikal terbabit, jenama Suzuki tidak melepaskan peluang untuk sertai sambil mendapat manfaat untuk pemasaran.

Dalam poster yang dikeluarkan itu, Suzuki dilihat secara halus menyindir Ducati apabila ayat yang diberi secara jelas membalas kenyataan Ducati.

"Maaf, inovasi sebenar? Tak perlu nak ingatkan. Kami percaya kemajuan sebenar bukan sekadar kuasa tapi ketahanan yang nyata," tulis poster yang dikongsi Suzuki.

SAYS.com
Image via Threads

Perang poster turut disertai jenama motosikal tempatan dan jenama yang baru berada dalam pasaran lokal

Antara jenama motosikal lain yang turut serta dalam deretan perang poster ini ialah jenama tempatan Modenas.

Turut dilihat sertai trend ini ialah MForce, sebuah jenama baharu yang dipasarkan dalam pasaran tempatan.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Sebuah lagi jenama motosikal yang tak perlu lagi diperkenalkan, Harley Davidson turut mengeluarkan poster.

Poster dari jenama motosikal berkenaan disifatkan menutup sindiran dari jenama-jenama lain dengan kenyataan yang diberikan.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: