Peraduan Teroka Malaysia Bersama PLUS Tawar Hadiah Lebih RM15,000 – “Jalan, Check-In & Menang!”

Peraduan ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2025 bersempena bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menganjurkan peraduan "Teroka Malaysia bersama PLUS" yang berlangsung daripada 1 Ogos hingga 16 September 2025 bersempena bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia

SAYS.com
Image via PLUS Malaysia

Peraduan ini memberi peluang kepada pengguna Lebuhraya PLUS untuk bukan sahaja menikmati perjalanan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga, malah berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM15,000 termasuk kamera digital, gajet, gimbal kamera dan baucar kredit Touch 'n Go eWallet.

Dengan tema "Jalan, Check-In & Menang!", peraduan ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka keindahan negara dengan mudah melalui fungsi PLUS Passport menerusi aplikasi PLUS yang kini dilengkapi fungsi "check-in" di lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya PLUS.

Cara-cara sertai peraduan "Teroka Malaysia bersama PLUS"

Cara menyertai peraduan:
1. Muat turun dan akses aplikasi PLUS sebelum memulakan perjalanan.
2. Check-in di mana-mana Kawasan Rehat & Rawat (R&R), Hentian Sebelah atau lokasi destinasi yang tersenarai dalam aplikasi PLUS bermula 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
3. Rakam video kreatif berdurasi 1 minit yang menceritakan pengalaman perjalanan anda.
4. Muat naik video ke TikTok dengan kapsyen merdeka dan sertakan hashtag rasmi #TerokaMalaysiaBersamaPLUS.

SAYS.com
Image via PLUS Malaysia

Menurut Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan PLUS, Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, peraduan ini merupakan inisiatif PLUS untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai keunikan pelancongan tempatan dan kekeluargaan sempena bulan kebangsaan.

"Kami mahu menjadikan perjalanan di lebuh raya bukan sekadar transit, tetapi pengalaman yang bermakna. Melalui peraduan ini, pengguna boleh berkongsi detik gembira mereka sambil mempromosikan destinasi menarik di Malaysia. Inilah masanya untuk menggabungkan rasa cinta terhadap tanahair dengan keseronokan bercuti bersama keluarga," katanya.

PLUS percaya bahawa kerjasama ini akan memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya serta menyokong usaha Kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh sahaja layari laman web rasmi PLUS Malaysia atau klik di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS