Penyokong Tak Nak Potong Rambut Selagi MU Tak Menang 5 Match – “Dah 300 Hari Lebih Berlalu”

Hati kau keras Frank.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penyokong pasukan bola sepak terhandal di England, Manchester United, 'bernazar' tak akan potong rambut selagi pasukannya tidak memenangi lima perlawanan berturut-turut

Menerusi laporan The Sun, penyokong tersebut, Frank Ilett sudah tidak memotong rambut melebihi 300 hari sejak 5 Oktober tahun lalu.

Dengan keadaan United bergelut untuk berikan satu kemenangan sekalipun, Frank kini mula berasa tidak selesa kerana rambutnya sudah semakin panjang.

Lelaki berusia 29 tahun yang tinggal di Sepanyol itu memberitahu cabaran itu bertambah sukar kerana keadaan cuaca di sana sedang melalui musim panas.

"Ia sangat panas, terutamanya di sini di Sepanyol, di mana saya berada pada masa ini, memang lecak habis.

"Ia jadi cabaran yang paling besar. Kemudian situasi seperti ketika saya mandi, perlu mengeringkan rambut dalam keadaan panas dan ia mengambil masa berjam-jam untuk kering," katanya.

SAYS.com
Image via Instagram

Dihubungi pelbagai produk rambut dan barber untuk berkolaborasi

Frank berseloroh dengan keadaannya yang semakin dikenali ramai mendedahkan semakin banyak jenama penjagaan rambut menghubunginya untuk berkolaborasi.

"Saya dihubungi beberapa jenama penjagaan rambut seperti krim keriting dan terdapat beberapa lagi perbincangan dengan jenama penjagaan rambut lain.

"Terdapat ramai tukang gunting rambut juga mengbungi saya. Mereka ingin terlibat dalam cabaran ini, tetapi sukar untuk mengetahui hari itu akan tiba (potong rambutnya).

"Setiap interaksi yang saya terima adalah positif. Saya tinggal di Sepanyol, di mana saya rasa tidak ramai yang mengenali saya, tetapi masih ada segelintir yang datang untuk bergambar dengan saya, sebaliknya pula apabila saya melawat England, memang lain.

"Saya pergi ke perlawanan United-Lyon. serius perlawanan terbaik yang pernah saya alami, dan saya rasa semasa saya berada di sana saya mungkin mengambil lebih 200 gambar dengan orang yang berbeza," katanya.

Rambutnya kini sudah memanjang melebihi 18cm

Walau bagaimanapun, itu masih tidak cukup lama untuk pengakhiran sempurna yang dirancang Frank apabila dia akhirnya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada rambut keriting ikoniknya.

Dia turut mendedahkan telah mengumpul wang untuk badan kebajikan MindUK, malah melakukan ice bucket challenge pada awal musim panas lalu.

Apabila United akhirnya berjaya memenangi lima perlawanan berturut-turut, dia berhasrat untuk memotong rambut di Old Trafford dan merancang untuk mendermakan wang yang diperoleh daripada cabarannya itu kepada Little Princess Trust.

Turut bercakap mengenai reaksi keluarga dan rakan-rakan terhadap cabarannya, dia menjelaskan semuanya sangat menyokong dan gembira akan perkara itu.

"Tiada apa-apa yang berubah, mereka tahu saya komited sehingga akhirnya dan oleh itu mereka juga perlu bersama saya.

"Itulah rancangannya (untuk menderma kepada badan amal) sejak sekian lama, jika ia cukup panjang. Tetapi percaya atau tidak, ia belum cukup lama untuk melakukannya.

"Pada masa ini, rambut saya adalah 18cm panjang dan ia perlu sekurang-kurangnya 25cm hingga 30cm untuk dapat menderma. Tetapi dalam apa cara sekalipun, saya tetap ingin mengumpul wang untuk badan amal," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: