Penyokong Manchester United Kini Dah Tak Boleh Beli Jersi CR7, Ini Sebabnya
Perkara itu turut melibatkan pemain legenda yang lain seperti Eric Cantona dan David Beckham.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat Manchester United kini tidak lagi boleh membeli jersi dengan nama dan nombor ikonik Cristiano Ronaldo di Megastore rasmi kelab itu
Menerusi laporan Sports Ration, selepas pelancaran jersi terbaharu bagi musim 2025-26, para peminat yang menyerbu membeli terkejut dengan polisi baharu yang dikenakan Megastore kelab bola sepak terbabit.
Polisi tersebut menyebut pihak mereka kini tidak lagi boleh mencetak jersi dengan nama Cantona, Beckham dan Ronaldo disebabkan sekatan hak milik dan pelesenan.
Manchester United kemudian mengesahkan bahawa peraturan itu dilaksanakan kerana Eric Cantona, David Beckham, dan Cristiano Ronaldo memiliki hak ke atas nama dan imej mereka. Ini bermakna kelab tidak lagi dibenarkan mencetak nama mereka pada jersi yang dijual.

Hanya dibenarkan membeli jersi pemain semasa
Pihak kelab juga menjelaskan bahawa peminat hanya boleh mencetak nama pemain yang berada dalam skuad semasa sahaja.
Mencetak nama dengan reka bentuk jersi lama dari musim lalu juga tidak dibenarkan di mana peminat hanya boleh mencetak nama pada kit musim semasa.
Menerusi sebuah perkongsian peminat di X, @Smnllyd5 berkongsi polisi terbaharu yang dipapar semasa mahu membelikan jersi baharu untuk anaknya.
"Bawa anak saya untuk beli jersi baharu tempoh hari. Tak tahu pula kelab dah tak benarkan percetakan nama Cantona, Beckham atau Ronaldo pada jersi," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 