Penyewa Selamba Jual Set Meja Makan Owner Rumah Tanpa Izin, Alasan Nak Lebih Minimalis

Macam tu je dia jual.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @myszmiza (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dikejutkan apabila penyewa rumah miliknya menjual set meja makan dan membeli set baharu tanpa izinnya

Menerusi perkongsian @myszmiza di TikTok, wanita itu meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila set meja makan miliknya dijual begitu sahaja oleh penyewa.

Menurutnya, set meja makan itu dijual oleh penyewa atas alasan penyewa mahu membeli set meja makan yang lebih minimalis.

Tambahnya, set meja makan miliknya itu dibeli dengan harga RM1,000 lebih tetapi harga yang dijual penyewa dikatakan hanya RM300.

Image via TikTok

Dijual sebab tempat duduk tiada tempat sandar untuk sidai tuala

Dalam sebuah lagi hantarannya di TikTok, dia mendedahkan bahawa pihak penyewa menjual set meja makan tersebut atas alasan yang tidak munasabah.

"Dengan alasan dia yang tak munasabah tu, sakit hati tu sampai hari ini masih rasa lagi," tulisnya.

Menurut perkongsian tersebut, penyewa rumahnya bertindak menjual set meja makannya disebabkan tiada tempat sandar yang boleh digunakan untuk menyidai tuala.

@myszmiza Replying to @Atiqahailuddin98 ind – chraishnov

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: