Penumpang Buta, Warga Emas Didakwa Terkesan Caj Ekstra RM5 Belian Tiket Di Kaunter KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menetapkan caj ekstra RM5 untuk penumpang yang membeli tiket melalui kaunter tanpa kompromi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Iluminasi & NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengecam tindakan KTMB menetapkan caj tambahan RM5 dikenakan terhadap penumpang yang membeli tiket di kaunter

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Presiden Fomca N Marimuthu berkata perkara tersebut tidak boleh diterima dan perkara ini akan memaksa golongan orang kelainan upaya serta warga emas perlu membayar lebih untuk membeli tiket.

"Kami telah menerima beberapa aduan mengenai perkara ini sejak dua minggu lalu. Mereka diberitahu bahawa mereka harus memuat turun aplikasi KTMB jika mereka mahu mengelak caj tersebut.

"Adakah pegawai-pegawai KTMB itu bergurau? Macam mana orang kelainan upaya penglihatan nak guna aplikasi? Apa yang lebih teruk adalah orang lain tidak boleh menggunakan aplikasi itu untuk menempah tiket bagi pihak orang kelainan upaya dan warga emas.

"Ini sama sekali tidak boleh diterima oleh kumpulan rakyat Malaysia yang berada dalam kategori ini," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Tidak diberi pilihan lain dan tetap perlu membayar caj RM5

Salah seorang penumpang yang terkesan yang juga merupakan orang kelainan upaya separa penglihatan, K Dinesh Menon berkata staf di kaunter tidak memberi pilihan lain dan memberitahunya perlu membayar RM15 untuk tiga tiket yang mahu dibelinya.

"Dia memberitahu saya saya mesti menggunakan aplikasi KTMB jika saya tidak mahu membayar caj tersebut. Ahli keluarga saya menaiki kereta api KTMB sangat kerap, dan caj ini pula baru saja dikenakan baru-baru ini.

"Berapa banyak untung yang mereka boleh buat daripada orang seperti kami yang jumlahnya mungkin kurang daripada 10% daripada semua pengguna tren?" katanya.

Menurut seorang jurucakap KTMB, sistem tanpa tunai telah dilaksanakan tahun ini dan penumpang digalakkan membeli tiket menerusi dalam talian atau melalui kiosk layan diri untuk menikmati tambang yang lebih menarik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: