Penularan Wabak Tibi Di Malaysia Kini Cecah 2,571 Kes, Sabah Dikesan Paling Banyak

Pastikan sentiasa amalkan langkah pencegahan yang betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & Focus Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 2,571 kes Tuberkulosis (Tibi) telah dikesan di seluruh Malaysia sehingga semalam, 15 Februari 2026

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 503 kes baharu telah dikesan mendaikan bilangan kes keseluruhan tersebut.

KKM dalam kenyataan yang sama memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengamalkan langkah pencegahan yang baik memandangkan sekarang merupakan musim perayaan.

"Menjelang musim perayaan dan cuti panjang yang bakal tiba, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap pencegahan penyakit Tibi dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan yang sesak.

"Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan, atau susut berat badan digesa untuk segera menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat.

"Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri, malah merupakan tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga, serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello Doktor

Berikut adalah pecahan kes yang dikesan mengikut negeri:

  • 614 kes (23.88%) di Sabah
  • 476 kes (18.51%) di Selangor
  • 257 kes (10.00%) di Sarawak
  • 233 kes (9.06%) di Johor
  • 202 kes (7.86%) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  • 148 kes (5.76%) di Pulau Pinang
  • 144 kes (5.60%) di Kedah
  • 127 kes (4.94%) di Perak
  • 96 kes (3.73%) di Kelantan
  • 81 kes (3.15%) di Pahang
  • 60 kes (2.33%) di Terengganu
  • 58 kes (2.26%) di Negeri Sembilan
  • 42 kes (1.63%) di Melaka
  • 17 kes (0.66%) di Perlis
  • 16 kes (0.62%) di Wilayah Persekutuan Labuan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: