Pensyarah Dedah Ramai Student Tak Lepas Exam Walaupun Dah Bagi Kelonggaran Guna ChatGPT

Pendedahan itu dibuat selepas ada pelajar universiti kata mudah buat assignment dengan bantuan ChatGPT.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial mencuri perhatian ramai apabila seorang pelajar bangga menyatakan bahawa tidak sukar untuk membuat assignment yang diberi oleh pensyarah dengan adanya bantuan ChatGPT, Deepseek dan Gemini

Menerusi posting tersebut, pelajar berkenaan juga berkata dia kesian melihat para pensyarah yang didakwa kononnya 'try hard' berikan assignment banyak secara last minute.

"Jujur daripada hati I la kan, I kesian kt lecturer2 unimas especially yg boomers. They were trying so hard nak bagi assignment berlambak, assignment last minute tapi sikit pun tak menyukarkan kami.

"We can just tutup mata je siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek and Gemini. Assignments kami semua letup2 you alls. Siap citations and references," tulisnya.

Susulan itu, seorang pensyarah tampil mendedahkan hakikatnya ramai pelajar yang tidak mendapat markah tinggi dalam peperiksaan walaupun diberi kelonggaran menggunakan bantuan ChatGPT

"Baru minggu lepas aku bagi exam. Subjek engineering. Pelajar dibenarkan buka nota, buku teks, guna ChatGPT, Google. Cuma tak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Out of 50, yang dapat atas 80% tak sampai 10.

"Lebih separuh kelas tak lepas 50%. Bukan bangga soalan susah tapi penaksiran dan bentuk soalan dah kena ubah. Assess skill ikut learning outcome, bagi soalan/masalah terbuka.

"Ni contoh student jenis malas fikir masa exam haritu, dia upload terus soalan, suruh Deepseek buatkan, dapat nombor sikit, percaya bulat-bulat. Aku biar saja tengok dia boleh buat tak. Last-last ni antara yang dapat tak sampai separuh markah. Kelaut semua analysis, apa dia kira tak tau," katanya.

Lihat posting dan komen netizen Facebook di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: