Naik Uber & Grab Dianggap Khalwat? Baca Penjelasan Sebenar Mufti Tentang Salah Faham Ini
"Para pelanggan perkhidmatan ini boleh menekan butang cancel request sekiranya dia mendapati pemandu tersebut berlainan jantina dengannya." – Mufti Wilayah Persekutuan
Cover image via SAYSSemalam, beberapa akhbar online telah melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum berduaan di dalam kenderaan bersama pemandu bukan mahram
Bagaimanapun, *headline* yang digunakan oleh akhbar berkenaan dikatakan serba sedikit telah menyebabkan salah faham terhadap *content* sebenar kenyataan mufti tersebut.
Image via Facebook
Image via Mufti Wilayah Persekutuan/Facebook
Seperti yang kita tahu, perkhidmatan Uber dan GrabCar kini telah meluas digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Dan baru-baru ini Uber telah meluaskan perkidmatannya di beberapa negeri yang lain.
Ia lebih mudah berbanding teksi kerana kita hanya perlu *request* perkhidmatan Uber dan GrabCar melalui aplikasi yang disediakan. Tetapi persoalannya, apakah hukum menaiki teksi atau perkhidmatan Uber dalam keadaan berdua-duaan dengan pemandu yang berlainan jantina iaitu bukan mahram?
**Baca dan fahami kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah:**
Image via www.techinasia.com
*Syeikh Muhammad Bin Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Makna hadis ini adalah: Syaitan ada bersama keduanya (lelaki dan perempuan yang berkhalwat) serta membisikkan syahwat kepada mereka sehinggalah ia mencampakkan mereka berdua ke lembah penzinaan. Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320).
Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah. Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik, di dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti teksi, Uber, atau GrabCar.
Di dalam isu ini, kami mendapati bahawa para fuqaha turut menyatakan beberapa keadaan yang dibolehkan untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Di antaranya adalah apa yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Dan dikecualikan daripada isu ini (berdua-duaan dengan bukan mahram) kesemua tempat-tempat yang terdapat padanya dharurat. Seperti seseorang lelaki itu menjumpai seorang perempuan yang sesat di jalanan atau seumpamanya maka diharuskan kepadanya untuk menemankan wanita itu bahkan menjadi satu tuntutan kepadanya untuk melakukan hal itu sekiranya dia takutkan keselamatan wanita itu apabila ditinggalkan bersendirian.*
Image via Umran TV/YouTube
Image via www.nydailynews.com
Image via www.oride.taxi


