Penjawat Awam Termasuk Kementerian, Agensi, Badan Berkanun & GLC Dibenar ‘WFH’ Bermula 15 April Ini
Yay work from home!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mulai 15 April
Menerusi laporan Berita Harian, Anwar memaklumkan pelaksanaan dasar BDR itu membabitkan kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan di samping menjelaskan perincian pelaksanaan dasar berkenaan akan menyusul kelak.
"Sebelum ini kita umum akan ambil langkah awal dan ini termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal, selain kerajaan akan mengurangkan dengan langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana.
"Saya ucap setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang mengikuti semangat ini dan tidak angkuh, tidak boros, tidak anggap keadaan ini biasa mempamerkan kekayaan sewenang-wenang dan menunjukkan seolah-olah tidak ada yang terkesan.
"Sikap ini akan merugikan kita kerana rakyat di bawah sana petani, nelayan, pekerja masih ramai yang terhimpit," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SIDIZAnwar seru golongan berkedudukan tinggi tunjuk keprihatinan beri bantuan kesan ekonomi akibat ketegangan di Asia Barat
Perdana Menteri menasihatkan golongan berada dan tinggi kedudukannya untuk tidak alpa, selain perlu menunjukkan keprihatinan dan memberikan bantuan dalam keadaan yang menekan ramai rakyat semasa ini.
"Tetapi oleh kerana kita tahu kesannya, daripada segi kerajaan kuota BUDI MADANI 95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan bermula hari ini sebagai langkah sementara.
"Kemudian pengisian diesel bersubsidi Sabah, Sarawak dan Labuan juga mula dikuasakan," katanya.
Ketegangan di Asia Barat memuncak sejak 28 Februari lalu, susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 