Penjawat Awam Dibenarkan WFH 3 Hari Seminggu, Kecuali Rumahnya Kurang 8KM Dari Tempat Kerja
Pelaksanaan BDR untuk perkhidmatan awam ini adalah susulan ketegangan di Asia Barat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik
Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang bakal berkuat kuasa 15 April ini akan membabitkan pengecualian beberapa sektor kerajaan
Menerusi laporan Berita Harian, pengecualian pelaksanaan BDR ini membabitkan tiga sektor iaitu keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.
Negeri di mana Ahad menjadi hari kelepasan mingguan, BDR ditetapkan Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari manakala negeri di mana hari kelepasan mingguan Jumaat iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, BDR adalah secara sepenuh hari pada Isnin hingga Rabu.
Sepanjang pelaksanaan BDR, tempat bekerja pegawai ialah rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.
Pegawai awam juga perlu menggunakan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah. Mereka perlu mendaftar masuk dalam SPOT-Me setiap satu jam dan ketua jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SIDIZPegawai yang tinggal melebihi lapan kilometer sahaja dibenarkan bekerja dari rumah (BDR)
Pegawai sektor awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, selain semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).
Dua kriteria itu dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat edaran pelaksanaan BDR yang disiarkan semalam.
Pelaksanaan BDR selama tiga hari dalam seminggu untuk perkhidmatan awam itu adalah susulan ketegangan di Asia Barat memuncak sejak 28 Februari lalu.
Ia juga adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR4.1.2: Dasar BDR yang memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan BDR.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 