Penjawat Awam Cuti Sehari, Swasta Pula Boleh Dapat 2 Hari Susulan Pertindihan Thaipusam & Hari Wilayah

Jangan tersalah cuti pula!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati hanya satu hari kelepasan am gantian

Kakitangan swasta pula (kecuali di Labuan) boleh mendapat cuti gantian selama dua hari susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam pada 1 Februari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, pertindihan kedua-dua sambutan berkenaan jatuh pada hari Ahad, membolehkan penjawat awam memperoleh hari kelepasan am gantian pada 2 Februari manakala pekerja swasta hingga 3 Februari.

Penetapan itu adalah berdasarkan kenyataan berasingan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masing-masing pada 8 Januari lalu dan Disember 2025 yang disahkan masih diguna pakai, setakat ini.

Menurut kenyataan JPA, penetapan itu selaras Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

"Penetapan cuti gantian akibat pertindihan hari kelepasan am sebagaimana dinyatakan dalam siaran media 'Cuti Umum Sempena Perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah Bagi Pekerja Swasta Pada 1 Februari 2026' yang dikeluarkan oleh JTKSM pada Disember 2025, adalah tidak terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam," katanya.

SAYS.com
Image via Reena Yadav/Unsplash

Kerajaan Persekutuan telah mewartakan hari kelepasan am bagi 2026, iaitu Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari

Menurut JTKSM, cuti Hari Wilayah Persekutuan wajib diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja sebagaimana peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan tidak boleh diganti.

"Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada Ahad, maka majikan yang menetapkan Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin).

"Selanjutnya, majikan yang memilih cuti Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini.

"Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja, sebagaimana Seksyen 60D(1A).

"Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am, layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: