Peniaga Muslim Diberi Peringatan Jangan Bersubahat Dengan Geng Plastik Hitam
Jaga-jaga!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peniaga Muslim diingatkan tidak menjual makanan kepada individu yang sengaja tidak berpuasa pada bulan Ramadan atau lebih dikenali sebagai geng plastik hitam
Menerusi laporan New Straits Times, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata amalan membeli makanan dalam beg plastik hitam pada siang hari bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia juga mencerminkan tahap keimanan seseorang.
Beliau berkata, masyarakat mempunyai peranan untuk menasihati atau membetulkan mereka yang dilihat sengaja merosakkan kesucian bulan Ramadan.
"Perkara ini berlaku setiap tahun dan ia melibatkan iman seseorang. Kita tak boleh memaksa perkara dalaman, tetapi kita mohon penglibatan masyarakat supaya memberi nasihat atau melaporkan perkara ini.
"Yang paling utama, saya mohon sangat kepada peniaga-peniaga kita. Walaupun mereka buka pada waktu pagi atau tengah hari, sekiranya menjual kepada mereka yang memang tidak boleh berpuasa seperti kanak-kanak kecil, itu dibenarkan," katanya.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim (tengah).
Image via Refleks (Facebook)Tanggung dosa jika bersubahat
Zamri menegaskan bahawa peniaga yang menjual makanan kepada individu yang sengaja tidak berpuasa telah melakukan perbuatan bersubahat dan menanggung dosa.
"Sekiranya kita menjual kepada mereka yang sengaja tidak berpuasa, kita sudah bersubahat dan kita sudah berdosa. Sebab itu kita harapkan perkara ini dapat dikurangkan.
"Mungkin sukar untuk mengatakan ia tidak akan berlaku langsung, tetapi harapan kita supaya ia semakin berkurang," katanya, sambil menggesa umat Islam agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam memelihara kesucian Ramadan.
Beliau memaklumkan perkara tersebut pada sidang media sempena Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak 1447 Hijrah/2026 Masihi di Ibu Pejabat Zakat Perak Al-Ridzuan pada Selasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 