Pemilik Homestay Cuba Husnuzon Dengan Pelanggan, Sekali Terjumpa Pula ‘Kotak Chewing Gum’
Perabot pun berubah tempat.
Cover image via Twitter @FareezSarifudinBermacam cara dilakukan masyarakat ketika ini untuk menjana pendapatan khususnya menerusi perniagaan atau pengusahaan
Berbeza dengan situasi sebelum ini apabila perniagaan lebih bersifat fizikal seperti gerai dan sebagainya kini ramai yang beralih mengusahkan perniagaan secara dalam talian atau online.
Namun, mungkin anda tahu ada satu lagi pengusahaan paling menguntungkan yang hanya boleh dikategorikan 'goyang kaki' iaitu menyewa penginapan sendiri kepada orang lain.
Akiviti homestay lazimnya dijalankan pada jenis kediaman seperti banglo, pangsapuri mahupun kondominium semakin menarik perhatian ramai kerana kadar bayaran sewanya dikatakan lebih berbaloi jika bercuti bersama anggota keluarga atau bilangan tetamu yang ramai.
Apa yang memberi kelebihan adalah tetamu bukan saja menyewa sebuah rumah termasuk lebih daripada satu bilik dan bilik air tetapi boleh memasak dan bersantai di ruang tamu seperti berada di rumah sendiri.
Walau bagaimanapun, pengusaha homestay haruslah menyediakan peraturan tersendiri berkaitan jenis tetamu yang ingin diambilnya. Ini kerana dikhuatiri tetamu yang menetap di rumah itu akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
Image via Business Insider
Image via Female Magazine Malaysia
Seorang pengusaha homestay berasa terkilan dengan beberapa remaja yang tumpang tinggal di rumahnya baru-baru ini
Pengusaha homestay itu, Fareez Sarifudin telah berkongsikan rasa dukacitanya di laman Twitter apabila terjumpa kotak kondom di dalam tong sampah di dalam rumahnya itu.
Rumahnya itu telah diduduki empat orang remaja, 2 lelaki dan 2 perempuan. Fareez yang cuba bersangka baik bahawa keempat-empat remaja itu akan tinggal dalam bilik yang berasingan berasa terkejut apabila mendapati terdapat perubahan perabot semasa mengemas rumahnya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via Twitter @FareezSarifudin
Image via Twitter @FareezSarifudin
Katil single bed dalam bilik itu tiba-tiba hilang
Image via Twitter @FareezSarifudin
Cuba teka katil tadi berada di mana?
Image via Twitter @FareezSarifudin
Jeng jeng jeng!
Image via Twitter @FareezSarifudin
Fareez mengakhiri kekesalannya dengan beberapa pesanan yang dipetik daripada Amran Fans
Image via Twitter @FareezSarifudin
Image via Twitter @FareezSarifudin
Daripada thread ini, ramai yang memberi cadangan agar Fareez membuat beberapa peraturan sekiranya ingin menginap di rumahnya
Image via Twitter @FareezSarifudin
Image via Twitter @FareezSarifudin
Image via Twitter @FareezSarifudin
Ibu bapa, awasilah anak-anak anda. Ambil tahu kemana dia pergi, dengan siapa dia pergi, tinggal di mana dan lain-lain.
Jangan tunggu benda tak elok jadi dulu, baru menyesal.
Image via Giphy

