Pengusaha Bas & Pemandu Teksi Pulau Pinang Dapat Insentif RM600 Bermula Mac Ini

Difahamkan, sumbangan insentif itu kini sudah memasuki tahun ke-11.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Lowyat.net
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pulau Pinang meneruskan insentif untuk pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur mulai Mac depan

Menerusi laporan Harian Metro, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata bayaran sebanyak RM600 itu akan dibuat kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan.

Menurutnya, jumlah bantuan kewangan itu adalah berbentuk tunai yang akan disalur secara bayaran terus ke akaun menerusi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).

"Permohonan perlu dibuat pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah secara dalam talian sahaja tanpa perlu mengemukakan borang dan lain-lain dokumen secara fizikal.

"Sumbangan insentif ini diharap dapat mengurangi beban yang dihadapi golongan berkenaan di Pulau Pinang selain terus beri perkhidmatan terbaik kepada semua pengguna,"
katanya.

SAYS.com
Image via Focus Malaysia

Sumbangan insentif yang bermula sejak 2013

Zairil berkata, sumbangan insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah itu disalur sejak tahun 2013 dan kini memasuki tahun ke-11.

"​Sejak tahun 2013 hingga 2025, jumlah keseluruhan insentif yang disumbang kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah adalah berjumlah RM18.32 juta.

"Bagi tahun 2026, bayaran pertama akan dibuat pada bulan Mac depan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima," katanya.

Antara syarat bagi permohonan bantuan itu ialah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di negeri ini; berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta memiliki Kad Pemandu.

Senarai penuh syarat boleh didapati menerusi laman sesawang iSejahtera https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: