Pengunjung Kini Dilarang Untuk Gunakan Beg Plastik Jinjit Di Hutan Simpan & Taman Negara

Larangan ini turut meliputi kawasan semula jadi seperti Taman Laut, Tapak Warisan Geologi dan Geotapak serta Taman Negeri di seluruh negara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @hazwanhfiz (Threads) & Vocket
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna kini diperluas ke kawasan alam semula jadi di seluruh negara

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata premis tetap seperti pasar raya, kedai serbaneka, restoran makanan segera, farmasi dan lain-lain premis berkaitan turut dikenakan larangan yang sama.

"Kaedah pelaksanaan akan diperhalusi dan disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan negeri masing-masing.

"Usaha ini adalah sebahagian daripada pendekatan mendidik masyarakat mengenai pentingnya penggunaan bahan mesra alam demi kesejahteraan generasi akan datang," katanya.

Langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Alam Sekitar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) Bilangan 1 Tahun 2025, semalam.

Image via Berita Harian

MEXCOE turut bersetuju kukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membanteras pemprosesan e-waste secara haram

Hasil daripada mensyuarat berkenaan, Kerajaan Persekutuaan dan Kerajaan Negeri bersetuju akan mengukuhkan lagi usaha bersama-sama membanteras pemprosesan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap premis haram yang terbabit dalam aktiviti itu bagi menghentikan peningkatan e-waste haram dari luar negara.

"Mesej yang ingin kita sampaikan jelas iaitu aktiviti haram yang mengancam alam sekitar tidak akan dikompromi.

"Kementerian turut menyebarluaskan Panduan Amalan Hijau Majlis Rumah Terbuka Lestari sempena musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup mesra alam.

"Langkah seperti mengurangkan penggunaan plastik, mengelak pembaziran dan menggalakkan pengurusan sisa lestari bukan saja membantu memelihara alam sekitar, malah mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap masa depan bumi," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: