Pengunjung Kini Boleh Bertemu Pasangan Panda Baharu Chen Xing & Xiao Yue Di Zoo Negara
Comel!
Cover image via Zoo Negara Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik untuk pencinta panda! Zoo Negara secara rasminya membuka Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi (GPCC) dengan memperkenalkan pasangan panda baharu Chen Xing dan Xiao Yue
Panda-panda tersebut telah diperkenalkan secara rasmi pada 10 Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu majlis yang dihadiri oleh pegawai-pegawai penting termasuk Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Ia menandakan satu peristiwa penting dalam usaha pemuliharaan oleh Malaysia, yang menitikberatkan kepentingan melindungi spesies terancam melalui kerjasama antarabangsa.


GPCC telah dinaik taraf bagi memastikan kebajikan panda di samping memberikan pengunjung pengalaman yang selesa
Dan kini, selepas berbulan-bulan dinantikan, rakyat Malaysia akhirnya dapat bertemu Chen Xing dan Xiao Yue secara bersemuka!


Lebih istimewa, Zoo Negara tawarkan diskaun khas pembelian tiket walk-in untuk kanak-kanak!
Zoo Negara menawarkan diskaun 50% untuk tiket masuk kanak-kanak warganegara Malaysia (umur 3 hingga 12 tahun) dari 11 Januari hingga 24 Januari.
Tawaran yang diberikan ini adalah bersempena Majlis Pengenalan Pasangan Panda Gergasi dan musim perayaan yang akan datang. Tiket kanak-kanak pada harga biasa adalah antara RM15.20 dan RM18.
Jadi, ajak anak-anak, bawa kamera dan bersiap sedia untuk melihat kecomelan panda. Chen Xing dan Xiao Yue sedang menanti untuk mencuri hati anda di Zoo Negara!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



