Penguasaan Data & AI Kini Jadi Antara Kunci Utama Kejayaan Untuk Usahawan Di Era Digital

Dalam forum yang sama, syarikat KNKV Group Sdn. Bhd. telah diumumkan sebagai rakan Affiliate TikTok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KNKV GROUP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan di Malaysia tidak lagi boleh bergantung semata-mata pada kualiti produk mereka untuk mencapai kejayaan

Sebaliknya, mereka perlu menguasai keseluruhan ekosistem digital yang semakin kompleks, terutamanya kecerdasan buatan (AI) dan data, bagi memenangi persaingan pasaran.

Peringatan ini disuarakan oleh Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce, Datuk Seri Dr Zurainah Musa, yang menekankan bahawa landskap perniagaan hari ini menuntut syarikat-syarikat untuk beralih daripada kaedah pemasaran tradisional. Oleh itu, mereka perlu memahami strategi pengiklanan, data, dan AI secara menyeluruh.

SAYS.com
Image via KNKV GROUP

Menurut Dr Zurainah lagi, perniagaan perlu mendominasi ekosistem digital secara menyeluruh, bermula dari penghasilan kandungan (content creation), penjanaan trafik, sehinggalah kemampuan untuk menukar perhatian audien kepada jualan sebenar.

"Forum 'Digital & AI: Business War 2026' dianjurkan bukan sebagai forum biasa, tetapi simulasi pertempuran strategi dunia sebenar bagi mengajar pengasas bagaimana menangi trafik, menangi naratif, menangani pengguna, dan akhirnya menangi jualan," katanya pada sidang media selepas perasmian forum tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

KNKV Group sasar RM100 juta jualan tambahan melalui kerjasama TikTok

Dalam forum yang sama, syarikat KNKV Group Sdn. Bhd. telah diumumkan sebagai rakan Affiliate TikTok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof Adjung Adam Richman, memaklumkan bahawa susulan pelantikan eksklusif tersebut, pihaknya menyasarkan untuk menjana RM100 juta jualan tambahan kepada pelanggan mereka. Kerjasama ini dilihat sebagai pemangkin kepada strategi yang lebih tersusun dalam membantu pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Prof Adjung Adam Richman menjelaskan bahawa kerjasama eksklusif bersama TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas bagi mengubah kehadiran yang berasaskan pencipta (creator-based) di TikTok menjadi saluran jualan yang berkesan.

SAYS.com
Image via KNKV GROUP

"Diiktiraf sebagai rakan Affiliate TikTok merupakan permulaan era di mana jualan berasaskan creator menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat," kata beliau.

KNKV Group akan mempercepatkan kejayaan pelanggan melalui modul dan sokongan bimbingan affiliate yang direka khusus, mengukuhkan lagi pandangan bahawa penguasaan data dan AI adalah kunci utama kepada kejayaan perniagaan pada masa ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: