Penghasilan Gambar AI Tragedi UPSI Tak Hormat Mangsa & Keluarga Mangsa Terkorban – Netizen
Imej-imej berkenaan tular selepas dimuat naik di TikTok.
Cover image via XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penghasilan imej-imej janaan kecerdasan buatan (AI) selepas tragedi kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik baru-baru ini mendapat kecaman ramai apabila ia dikatakan tidak sensitif ke atas keadaan yang terjadi
Penghasilan imej-imej tersebut telah mendapat kecaman ramai di mana ia dikatakan tidak menghormati mangsa dan keluarga mangsa yang telah terkorban dalam tragedi terbabit.
Antaranya seperti di bawah, imej pertama menggambarkan keadaan semua mangsa ketika berada di dalam bas sebelum insiden itu berlaku manakala imej seterusnya pula menggambarkan seolah-olah 'roh' mangsa sedang melambai pergi meninggakan dunia.
Image via X
Image via X
Dikatakan menunggang sesuatu situasi bagi mendapatkan engagement yang banyak
Menurut pengguna-pengguna di X, penjanaan imej-imej tersebut didakwa dibuat bagi mendapatkan view semata-mata dan individu yang menghasilkannya juga dikatakan boleh menjana duit selepas hantaran imej AI itu mendapat perhatian ramai.
"Setiap berita, cerita, situasi yang viral, akan ada yang AI' kan benda viral tersebut untuk dapatkan 'view'. Tak kisah la berita sedih ke gembira ke, asalkan boleh jana income. Aku tak pasti, mungkin macam tu kot orang zaman AI ni cari makan," kata salah seorang pengguna X.
"Buat AI image berkaitan kemalangan, letak caption berunsur Islamik, pasang lagu syahdu sendu sebagai background, bila viral, mula letak link iklan dan affliates, takde diorang peduli pun pasal kematian tu. yang penting aku buat duit," kata seorang lagi.
Lihat komen-komen lain di bawah:
Image via X
Image via X
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


