Penghantar Barang Perdaya Wanita Benarkan Masuk Rumah, Lakukan Serangan Seksual & Rakam Video
Kejadian berlaku di sebuah apartmen di Taman OUG, Kuala Lumpur.
Cover image via FMTFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penghantar barang didakwa mengugut membunuh seorang wanita, menyerangnya secara seksual dan memaksanya mengambil gambar bersama dalam sebuah kejadian di apartmennya minggu lalu
Menerusi laporan China Press, kejadian itu berlaku di apartmennya di Taman OUG di Kuala Lumpur pada Khamis, 26 Februari lalu.
Wanita berusia 24 tahun itu dilaporkan telah mendapatkan perkhidmatan penghantaran untuk mengangkut barangan kediamannya ke rumah baharu.
Apabila individu perkhidmatan penghantaran itu tiba, pekerja lelaki itu didakwa memberitahu dia perlu memasuki bilik tidur wanita itu untuk mencari barang-barang tertentu.
Sebaik sahaja memasuki bilik, dia dilaporkan menolak mangsa ke atas katil dan mula menanggalkan pakaiannya.
Mangsa melawan, menyebabkan suspek didakwa menutup mukanya dengan bantal dan mencekiknya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sell Online GuideSuspek kemudiannya mengugut untuk membunuh mangsa jika tidak berhenti menjerit
Difahamkan, mangsa telah merayu kepada lelaki berkenaan untuk tidak merogolnya. Suspek juga didakwa mengeluarkan telefonnya untuk merakam serangan seksual itu.
Bimbang akan nyawanya, mangsa akur dengan tuntutannya. Selepas serangan itu, suspek didakwa memaksa mangsa senyum mengambil gambar bersama dan memberi amaran kepadanya untuk tidak membuat laporan polis.
Suspek kemudian didakwa mengheret mangsa ke ruangan bawah rumah, tempat van diletakkan dan terus menyerang mangsa sambil merakam lebih banyak video. Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.
Sekembalinya di apartmen, mangsa menemui lebam dan kecederaan di leher, belakang, dan kakinya. Suspek didakwa memohon maaf kepadanya melalui pesanan teks sebelum mangsa kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan itu. Beliau menyatakan bahawa kes itu kini sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan seksual tanpa persetujuan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



