Penggunaan Telefon Pintar Sebelum Usia 13 Tahun Berisiko Jejas Kesihatan Minda Kanak-Kanak
Cabaran untuk ibu bapa zaman sekarang hadkan penggunaan gajet anak-anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penggunaan telefon pintar sebelum usia 13 tahun didapati boleh merisikokan kesihatan minda dan kesejahteraan kanak-kanak ketika meningkat dewasa
Menerusi laporan Harian Metro, sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Human Development and Capabilities telah melibatkan seramai lebih 100,000 orang muda sebagai responden.
Dapatan kajian tersebut mendedahkan golongan berusia 18 hingga 24 tahun yang menerima telefon pintar pertama pada usia 12 tahun atau lebih muda cenderung berdepan pemikiran bunuh diri, agresif, terpisah daripada realiti dan mempunyai harga diri yang rendah.
Menurut pakar dari Sapien Labs, di Washington yang menjalankan kajian menggunakan data daripada Global Mind Project, akses awal telefon pintar dan media sosial memberi kesan besar terhadap perkembangan minda.
Ketua saintis Sapien Labs, Dr Tara Thiagarajan berkata kesan itu berpunca daripada penggunaan media sosial, pembulian siber, tidur terganggu dan hubungan keluarga yang lemah.
Menurutnya, simptom ini tidak sama dengan kemurungan atau kebimbangan tetapi membabitkan isu serius seperti agresif, halusinasi dan pemikiran untuk membunuh diri.

Gambar sekadar hiasan.
Image via HallamDapatan kajian juga menunjukkan semakin muda usia pemilikan telefon pintar, semakin rendah skor kesihatan minda yang direkodkan
Difahamkan, mereka yang memiliki telefon pintar pada usia 13 mencatat skor purata 30, manakala yang memilikinya pada usia lima tahun hanya mencatat skor satu.
Peratusan yang dikategorikan sebagai tertekan atau 'bergelut' turut meningkat hampir 10 peratus bagi perempuan dan tujuh peratus bagi lelaki di semua rantau dan budaya.
Antara faktor utama yang dikenal pasti ialah akses media sosial terlalu awal selain hubungan keluarga yang buruk, pembulian siber dan tidur terganggu yang menyumbang kepada kesan jangka panjang.
Penyelidik mencadangkan pendidikan literasi digital diwajibkan, penguatkuasaan usia minimum media sosial diperketat dan akses telefon pintar dikawal secara berperingkat dalam usaha menangani isu ini.
Mereka juga menyarankan langkah pencegahan perlu dibuat segera bagi melindungi kesihatan minda generasi muda kerana menunggu bukti saintifik yang benar-benar sahih hanya berisiko menyebabkan peluang pencegahan terlepas begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan
Image via VerveLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 