“Pengganas” Bertopeng Muncul Lagi, Kali Ini Ugut BUNUH Ketua Polis Negara

Semakin lama semakin dahsyat. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via youtube.com
Logo

[TERKINI] "Saya Tidak Gentar Dengan Ugutan Bunuh," Kata Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via null

Khalid Berkata Apa Yang Membimbangkan Adalah Terdapat Segelintir Masyarakat Tidak Menggunakan Saluran Demokrasi Yang Sedia Ada Dan Sering Melakukan Kesalahan Dalam Menuntut Sebarang Perubahan

25 Februari: Selepas Seminggu Video Sekumpulan Anak Muda Mengugut Untuk Menyerang Mahkamah Menjadi Viral, Satu Lagi Video Muncul Dengan Ugutan Yang Lebih Dahsyat, Iaitu Membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Image via null

"Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) Mengumumkan Akan MEMBUNUH Ketua Polis Negara, Meletupkan Keretanya."

*Tahukah anda semua bagaimana negara seperti US, Rusia, China menjadi maju dan dihormati? Kerana sebelum negara mereka mencapai sistem yang stabil dan adil, rakyat mereka tidak memilih saluran demokrasi bagi menjatuhkan petualang-petualang yang melindungi rejim korupsi.

Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Ketua Hakim Negara melalui demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Ketua Polis Negara melalui demokrasi? Tidak! Manusia-manusia inilah ajen perosak demokrasi.

Oleh itu, kami, Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) mengumumkan akan MEMBUNUH Ketua Polis Negara, meletupkan keretanya. Dengan demikian itu, kesemua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi.

F.^.^.K

F^^K DEMOKRASI!*

Video Yang Dimuat Naik Adalah Lebih Kurang Sama Dengan Video Sebelum Ini. Cuma Kali Ini, Mereka Menambah Sedikit Elemen Letupan Sebagai Simbolik Kepada Bagaimana Ketua Polis Negara Akan Dibunuh.

Image via null

Selain Itu, Gambar Yang Digunakan Juga Berbeza. Jika Sebelum Ini Nora Danish, "Mangsa" Terbaru Dalam Video Ini Adalah Jaafar Onn.

Foto Jaafar Onn pula digunakan kali ini.

Image via null

Babak Akhir Video Bagaimanapun Dikekalkan. Laungan Lantang "FK Demokrasi" Dilontarkan Dengan Penuh Semangat Sambil Mereka Menunjukkan Isyarat 'Jari Tengah' Sebelum Mengakhiri Rakaman.

Image via null

Menerusi Ruangan Komen, Kami Dapati Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Takut Dengan Ugutan Tersebut, Malah Menggelar Kumpulan Anak Muda Ini Pengecut Kerana Tidak Berani Mendedahkan Identiti Masing-Masing

Image via null

Apa Pula Komen Jaafar Onn?

Jaafar Onn.

Image via null

Untuk Makluman, Video Yang Sebenar Telah Pun Dipadamkan Dari YouTube. Tetapi, Ia Masih Boleh Ditonton Pada Saluran SUARA TV Di Bawah:

Apa Pendapat Anda? Adakah Ugutan Ini Sesuatu Yang Serius?

Imbas Kembali Video Ugutan Menyerang Mahkamah Yang Telah Dimuat Naik Pada Minggu Lalu Di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: