Pengeluaran Model Proton Saga Terakhir Di Kilang Shah Alam Selepas 40 Tahun
PROTON akan memindahkan sepenuhnya pengeluaran Saga di kilang yang lebih moden di Tanjung Malim, Perak menjelang 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kilang PROTON di Shah Alam yang terkenal dengan pengeluaran model Proton Saga kini menamatkan penghasilannya selepas lebih empat dekad
Menerusi laporan Berita Harian, pengeluaran model itu dihentikan seiriing dengan keputusan Proton Holdings Bhd (PROTON) memindahkan sepenuhnya pengeluaran Saga di kilang yang lebih moden di Tanjung Malim, Perak menjelang 2026.
Difahamkan, model Saga sedia ada (kod MC2) telahpun menghentikan pengeluaran di Shah Alam sementara persediaan untuk pengganti baharu (MC3) sedang giat dijalankan.
Perubahan ini turut membawa simbolik kerana Saga yang mula diperkenalkan pada 1985, menjadi permulaan perkembangan industri automotif nasional serta lambang kebanggaan rakyat Malaysia.
Dengan pemindahan operasi ke Tanjung Malim, PROTON dilihat bakal menyatukan keseluruhan rantaian pengeluaran dalam satu lokasi strategik yang dilengkapi teknologi canggih dan kapasiti besar.

Proton Saga terakhir dikeluarkan di Shah Alam.
Image via Proton 4s JB- Des Yit 016-7833322 (Facebook)Kemudahan di PROTON City menjadi pusat pengeluaran utama PROTON, termasuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) popular seperti X50, X70 dan X90
PROTON telah melancarkan upacara pecah tanah bagi pembinaan dua garisan stamping baharu, dikenali sebagai E-Line dan F-Line, di Tanjung Malim dengan pelaburan bernilai RM253 juta, Julai tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, ketika itu menjelaskan projek berkenaan adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kumpulan untuk meningkatkan kapasiti, fleksibiliti serta kualiti pengeluaran, seiring dengan sasaran memperluas pegangan pasaran.
Sepanjang 2023 hingga pertengahan 2024, kilang Tanjung Malim telah menghasilkan lebih enam juta komponen stamping, dengan 395,211 unit daripadanya datang dari garisan D-Line yang mula beroperasi pada Mac 2023.
Garisan E-Line akan menggunakan proses stamping empat peringkat dengan mesin berkapasiti 1,600 tan dan tiga mesin 800 tan, manakala F-Line pula menampilkan proses lima peringkat dengan mesin 2,000 tan, 1,200 tan dan tiga mesin 1,000 tan.
Selain itu, penggunaan automasi robotik dan teknologi Industri 4.0 seperti data masa nyata serta pembelajaran mesin bakal dipraktikkan untuk meningkatkan mutu serta konsistensi komponen kenderaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 