Pengawal Keselamatan Hospital Minta ‘Duit Kopi’ RM50 Kepada Pengunjung Kini Direman

Polis kini menahan pengawal keselamatan berusia 28 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @allyszackry_ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengawal keselamatan wanita ditahan polis semalam selepas tular videonya dipercayai melakukan pemerasan berjumlah RM50 terhadap seorang pengunjung sebuah hospital tahun lalu

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memberitahu pihaknya terkesan rakaman video yang memaparkan seorang wanita meminta pengawal keselamatan itu memulangkan wang RM50 milik ibunya.

Difahamkan, pengadu turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 11.27 malam tadi.

"Semakan mendapati, kejadian sebenar berlaku kira-kira jam 4 petang pada 23 Disember 2024 di sebuah hospital di Selangor," katanya.

Pengawal keselamatan cuba memeras ugut wang tunai pada pengunjung

Menerusi rakaman video berdurasi 55 i, ia telah mencetuskan pelbagai reaksi dan komen masyarakat mengenai sikap pengawal keselamatan yang dilihat cuba mengambil kesempatan dengan cara memeras wang tunai daripada pengunjung hospital sekiranya meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

"Malah pengawal keselamatan itu semasa kejadian turut dikatakan mengeluarkan kata-kata ugutan yang tidak sopan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, polis menahan pengawal keselamatan berusia 28 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, wanita terbabit direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau juga menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: