Pengasas Go Auto Wakafkan Kereta Bugi EV Khas Untuk Kegunaan Madrasah Ustaz Wadi Annuar

WAWO buktikan usahawan bumiputera juga mampu berjaya sambil mengutamakan wakaf dan CSR.

Enlarge text
Cover ImageCover image via GVT Sdn Bhd (Go Auto)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik kemajuan industri automotif negara, nama Wan Ahmad Wan Omar atau lebih dikenali sebagai WAWO, pengasas GVT Sdn Bhd (Go Auto), muncul sebagai figura inspirasi yang membuktikan bahawa kejayaan sebenar seorang usahawan diukur melalui manfaat yang diberikan kepada masyarakat

Kisah jatuh bangun tokoh yang jarang tampil di hadapan khalayak ini mula tular selepas dikongsikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

WAWO memulakan langkah dalam industri automotif sebagai antara jurutera perintis bagi projek kereta nasional kedua, Perodua. Namun, atas dorongan impian yang besar, beliau membuat keputusan berani meninggalkan zon selesa kerjaya korporat untuk menubuhkan kilang kenderaan sendiri.

SAYS.com
Image via GVT Sdn. Bhd. (Go Auto)

Kini, Go Auto telah menghasilkan hampir 10,000 unit kenderaan merangkumi van, bas, dan trak. Syarikat itu kini menerajui teknologi hijau dengan menghasilkan van komersial Elektrik (EV) pertama oleh syarikat Bumiputera yang kini sudah mula beroperasi di lapangan.

Kehebatan teknikal syarikat beliau turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui projek eksport kereta bugi EV ke Amerika Syarikat. Menariknya, 80 peratus komponen kenderaan tersebut adalah buatan Malaysia, sekali gus membuktikan kemampuan industri tempatan bersaing di peringkat global.

Perniagaan sebagai medium kebajikan

SAYS.com
Image via GVT Sdn. Bhd. (Go Auto)

Walaupun berjaya menjalin kerjasama dengan gergasi automotif China seperti Yutong dan Higer serta menjadi pembekal kepada institusi besar seperti Prasarana dan TNB, WAWO kekal dengan prinsip mengutamakan keberkatan dalam perniagaan.

Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, Go Auto telah:

  • Mewakafkan lebih 20 buah van jenazah kepada masjid dan surau.
  • Menyumbang 2,000 kampit beras setiap tahun kepada golongan memerlukan.
  • Mewakafkan kereta bugi EV terbaharu untuk kegunaan madrasah Ustaz Wadi Annuar di Sungai Petani bagi memudahkan urusan jemaah di sana.

Namun, perjalanan WAWO tidak selalunya indah. Beliau mendedahkan bahawa pada tahun 2020, perniagaannya hampir terkubur sepenuhnya akibat cabaran ekonomi. Detik itu menjadi titik tolak untuk beliau menyertai bimbingan pementoran perniagaan di RichWorks.

Di bawah bimbingan Dr. Azizan Osman, WAWO berjaya menstruktur semula perniagaannya dan bangkit dengan lebih kuat sehingga mampu menjadi pelopor industri EV negara hari ini.

Bagi mereka yang ingin mendalami kisah jatuh bangun dan strategi perniagaan Wan Ahmad Wan Omar, beliau akan muncul dalam program talk show Inspirasi SeeNI bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Program tersebut akan disiarkan pada Selasa depan, jam 11 pagi di saluran Astro Prima dan secara langsung menerusi YouTube @seeNI.

Bagi usahawan yang ingin mendapatkan bimbingan struktur perniagaan seperti yang dilalui oleh Go Auto, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web SME360.com atau menghubungi talian WhatsApp di 016-2244244.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: