Pengantin Lelaki Sebak, Ada Rakan Dari Sabah Datang Ke Wedding Selepas 10 Tahun Berpisah
Seorang lelaki menangis, semua lelaki menangis :')
Cover image via @afiqkandi_ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Untuk bertemu kembali kenalan rapat pada suatu ketika bukanlah sesuatu yang mudah
Tetapi apabila dapat bertemu kembali, pasti perasaan gembira bercampur sedih itu akan datang.
Itulah yang dialami oleh seorang pengantin apabila reaksinya tidak dapat menahan air mata ketika bertemu kembali rakan-rakan rapat selepas 10 tahun di majlis perkahwinannya.
Momen itu dikongsi Afiq Kandi menerusi sebuah video hantarannya di TikTok memberitahu rancangan untuk datang ke majlis perkahwinan itu ditentukan pada saat akhir bagi memberikan kejutan kepada pengantin lelaki.
"Kisahnya member send kad jemputan kahwin dalam group sekolah, bila tengok tarikh lagi seminggu setengah majlisnya. Tapi kawan-kawan dari Sabah semua mahu hadir dan bagi kejutan.
"Bincang sehari, esok book flight ticket, cari homestay dan apply cuti. Memang biasa kalau plan lama-lama benda tak akan jadi, kena on the spot dan lastminit.com InsyaAllah plan akan jadi," tulisnya.

Terharu dapat berkumpul semula beramai-ramai walaupun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri
Tambah Afiq, terdapat beberapa rakan lain yang tak dapat sertai disebabkan hal peribadi yang tak dapat dielakkan namun perkara itu sangatlah difahami mereka.
"Cuma kalini aku personally happy, sebab selepas 10 tahun susah mau luang masa dan berkumpul macamni.
"Kita faham sekarang masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ada keluarga anak isteri suami jadi bukan senang untuk berjumpa dan berkumpul dengan kawan-kawan masa sekolah dulu.
"Buat Jackson Joseph yang diraikan, selamat pengantin baru. Moga semakin sayang setiap hari dan semoga tahap kesabaran ditingkatkan bila melayan karenah isteri hahaha nda bah," tulisnya di TikTok.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



