Pengangkutan Awam Di Jakarta Lagi Baik Berbanding Di Kuala Lumpur, Rakyat Indonesia Harus Bangga

Warga kota yang pernah ke Jakarta boleh confirmkan?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gabenor Jakarta, Pramono Anung Wibowo 'claim' servis pengangkutan awam di bandar itu adalah lebih baik daripada Kuala Lumpur

Memetik tinjauan daripada Time Out, Pramono berkata Jakarta menduduki tempat ke-17 daripada 50 bandar di seluruh dunia untuk pengangkutan awam menjadikannya kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara Asia Tenggara, lapor Tempo English.

"Jadi, kita mendahului Kuala Lumpur, Manila, Bangkok, dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan bertulis pada 8 September.

Tinjauan tersebut, yang diterbitkan pada Mac, mengumpulkan maklum balas daripada lebih 18,500 pengguna pengangkutan awam di seluruh dunia.

SAYS.com
Image via Tempo English

Pengarah Presiden Transjakarta, Welfizon Yuza berkata sistem pengangkutan awam bandar itu menampung perkhidmatan kepada 1.3 juta pengguna pada satu hari bekerja minggu lepas

Sistem pengangkutan awam di bandar itu terjejas lewat bulan lalu susulan protes yang berlaku menyebabkan tujuh stesen dibakar dan 17 lagi rosak akibat vandalisme.

Pramono berkata sejak kejadian itu, perkhidmatan pengangkutan awam telah dipulihkan sepenuhnya dan kini beroperasi sepenuhnya.

Menerusi tinjauan yang dijalankan tersebut, Hong Kong menduduki tempat pertama, diikuti oleh Shanghai, Beijing, Abu Dhabi, dan Taipei dalam senarai lima teratas.

Bandar Seoul menduduki tempat ke-8, Mumbai ke-9, Delhi ke-11, Singapura ke-12 dan Jakarta ke-17.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: