Penganggur Direman 7 Hari, Disyaki Bunuh & Simpan Mayat Isteri 4 Hari Dalam Bilik

Difahamkan, mangsa yang memegang status janda sebelum ini baru dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TVS & Danial Saad/Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki tampil di balai polis di Seberang Jaya, Butterworth, semalam, untuk memaklumkan kematian isterinya membongkarkan rahsia wanita itu dipercayai mati dibunuh empat hari lebih awal

Menerusi laporan Harian Metro, mayat wanita terbabit telah disimpan di bilik belakang rumah yang didiami mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Butterworth, dengan terdapat kesan kelar pada bahagian leher dipercayai akibat senjata tajam.

Suami wanita berkenaan yang berusia 28 tahun itu dikatakan hadir seorang diri ke balai polis dan mengaku berlaku kematian di rumah mereka.

Sepasukan polis kemudian bergegas ke rumah terbabit sebelum menemukan mayat wanita berusia 44 tahun dan membuat tangkapan terhadap suspek yang juga penganggur untuk siasatan lanjut.

SAYS.com
Image via Danial Saad/Kosmo!

Suspek difahamkan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa yang mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan sebelum ini difahamkan baru dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek.

SAYS.com
Image via TVS

Direman tujuh hari untuk bantu siasatan

Menerusi laporan TVS, perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu yang bermula hari ini sehingga 18 Disember depan dikeluarkan Majistret J. Savinder Singh di Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai baju lokap polis berwarna jingga dan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi sambil diiringi anggota polis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: