*MALAIKAT MAUT BUAT ROUND
Peristiwa ini berlaku semasa saya posting di ward nephrology di alor setar, Kedah. Sewaktu itu, saya bertugas PM shift, iaitu daripada 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi. Keadaan ward agak serabut petang itu, di kala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, saya berseorangan menjaga ward. Di acute cubicle ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat bantuan pernafasan, without it, patient won't have any ability to breathe on their own.
Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Pak Mail namanya. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan. Sejak dia masuk, keadaanya tenat. On portable ventilator daripada wad kecemasan. Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan…manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewanganya, dan tanggungan 5 orang anak kecil.
8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus saya jerit kepada staff nurse untuk membawa emergency trolley.
"Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm"…itulah tindakan reflex (yang sepatutnya – bukan Kak Zue buat CPR, saya nak call MO :-P)*