Penduduk Flat Buntu Sikap Warga Asing Suka Meludah Merata-Rata – “Tolong Ambil Tindakan”

Mentaliti rendah macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mynewshub (X) & Mudah
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas melihat sikap warga asing yang tinggal di kawasan perumahannya

Difahamkan, individu berkenaan merupakan salah seorang penduduk flat yang terletak di Taman Impian Indah.

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu menunjukkan kawasan kotor dan tercemar dek kerana sikap warga asing yang suka meludah sehingga mencacatkan pemandangan kawasan tersebut.

Malah, dia juga meluahkan rasa bimbang takut ia akan memberikan masalah kesihatan kepada penduduk yang lain.

Sudah banyak kali buat aduan, tapi tiada tindakan di ambil

Menurut individu tersebut, dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi masih tiada tindakan yang diambil.

"Tengoklah perangai pengotor warga asing meludah merata-rata di tangga, dah tak tahu nak buat aduan di mana sebab dah berapa kali buat aduan tak ada di ambil tindakan.

"Saya mohon sangat mana-mana penguatkuasa tolonglah ambil tindakan atas sikap pengotor warga asing ni," luahnya.

Difahamkan, mereka akan meludah merata-rata selepas sahaja mengunyah sirih dan sebagainya.

Ia seperti sudah menjadi satu budaya di negara mereka yang dibawa masuk ke sini.

Image via @mynewshub (X)

Lihat perkongsian di bawah:

Kesian juga kepada penghuni dan penduduk yang lain, semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: