Penduduk Di Kelantan Paling Ramai Hidap Diabetes & Kolesterol, Melepasi Peringkat Nasional

Difahamkan, 16.3 peratus rakyat Kelantan menghidap diabetes atau kencing manis.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kadar peratusan penduduk di Kelantan yang menghidap penyakit diabetes dan kolesterol antara yang paling tinggi di Malaysia

Malah, kadar peratusan itu kini lebih tinggi berbanding paras nasional.

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati, 16.3 peratus rakyat Kelantan menghidap diabetes atau kencing manis berbanding 15.6 peratus pada peringkat nasional.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Kerajaan perkenalkan dasar untuk gaya hidup sihat iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

Beliau memberitahu daripada data NHMS 2023 itu turut mendapati 34.9 peratus penduduk di Kelantan menghidap kolesterol tinggi berbanding 33.3 peratus pada peringkat nasional.

"Bagaimanapun kadar prevalens untuk penyakit darah tinggi dan berat badan berlebihan di Kelantan masing-masing merekodkan 27.9 dan 51.6 peratus iaitu lebih rendah berbanding paras nasional.

"Dapatan daripada NHMS 2023 amat membimbangkan walaupun Kelantan mencatatkan prestasi lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.

"Mendepani cabaran ini, KKM memperkenal dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh.

"Inisiatif ini sangat selari dengan agenda reformasi sistem kesihatan negara, peralihan daripada perkhidmatan berfokuskan rawatan kepada sistem yang menumpukan kepada pencegahan dan kesejahteraan," katanya

Dr Dzulkefly berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan, Pengkalan Chepa.

Image via NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: